Lelaki Mengamuk Pandu BMW Kejar Pengadil Kerana Tidak Puas Hati

Seorang lelaki yang merupakan penyokong salah sebuah pasukan di Afrika Selatan memandu meredah padang perlawanan dengan tujuan menyerang pengadil.

Ada juga laporan mengatakan lelaki yang memandu kenderaan tersebut adalah pemilik kepada salah sebuah pasukan.

Insiden memalukan tersebut berlaku pada hujung minggu lalu, membuatkan penyokong lain yang hadir ketakutan melihat BMW tersebut dipandu di sekeliling padang.

Dalam video yang tular di media sosial, penyokong dan pemain kelihatan melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

Perlawanan tersebut berlaku di pertandingan Liga ABC Motsepe, membabitkan pasukan Luka Ball Controllers dan Polokwane City Rovers.

Perlawanan itu kemudiannya terpaksa dibatalkan demi keselamatan pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

Menurut akhbar The Citizen, penyokong tersebut mengamuk selepas beberapa keputusan pengadil tidak memihak kepada pasukannya.

“Kami di Ksatuan Bola Sepak Afrika Selatan  (SAFPU) terkejut untuk melihat kejadian yang gila ini,” ujar sati kenyataan dari Setiausaha Agung badan itu, Nhlanhla Shabalala.

“Tidak ada tempat untuk perkara sebegitu di dalam bola sepak.”

Penyokong tersebut dikatakan marah apabila Ball Controllers ketinggalan 2-1 selepas sebelum itu mendahului 1-0.

“Setiap kali perlawanan mahu dimulakan semula, penyokong itu mengancam akan masuk ke padang untuk membantah.

“Ia merosakkan perlawanan tersebut kerana dia asyik cuba memandu kenderaannya ke arah bangku simpanan City Rovers,” kata seorang saksi kejadian.

“Dia juga mahu melanggar pengadil, itulah yang beliau sasarkan. Kemudian perhatian beliau terarah ke bangku simpanan City Rovers kerana kecewa selepas pengadil meninggalkan padang.

“Pengadil terus pergi kerana risaukan keselamatannya.”

Ini bukan kejadian aneh pertama yang berlaku di Afrika Selatan sepanjang tempoh seminggu ini.

Pada malam Rabu minggu lalu diantara Mamelodi Sundowns dan Blem Celtic menyaksikan tiga layangan kad kuning kepada pemain.

Ini selepas Sundowns melengah-lengahkan pelawanan disambung dari sepakan sudut.

Malah dalam fiasco selama lima minit itu, pengurus pasukan sempat melakukan pertukaran.

 

Kongsi artikel ini