Legenda Tok Gajah, Zesh Rahman Sertai Portsmouth Sebagai Jurulatih

Bekas pemain pertahanan Pahang, Zesh Rahman telah menyertai kelab Liga Inggeris, Portsmouth FC sebagai jurulatih pembangunan profesional.

Perkara itu disahkan oleh tuan punya badan sendiri melalui akaun Twitter peribadinya pada hari ini.

“Sangat gembira kerana menyertai @Pompey sebagai Jurulatih Utama Fasa Pembangunan Profesional. Tidak sabar untuk bekerja bersama setiap orang di kelab penting ini,” ujar beliau di akaun Twitternya.

Zesh Rahman bukanlah watak asing di dalam bola sepak Pahang dan Liga Malaysia. Pemain itu pernah membantu skuad Tok Gajah muncul juara Piala Malaysia 2014, menewaskan JDT di perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti.

Pemain pethanan itu juga bertanggungjawab membantu Pahang mara ke peringkat suku akhir saingan Piala AFC 2015, sebelum tewas kepada kelab Tajikistan, Istiklol dengan agregat 5-3.

Beliau meninggalkan pasukan Pahang pada 2016, dan selepas itu sempat menyarung jersi Gillingham FC di England, dan Southern District di Hong Kong.

Dilahirkan di England, Zes Rahman turut pernah beraksi bersama beberapa kelab utama Liga Inggeris seperti Brighton, Norwich, dan QPR.

Walaupun layak beraksi bersama England, pemain itu memilih untuk menyarung jersi Pakistan di peringkat antarabangsa.

Zes Rahman mengumumkan persaraan sebagai pemain bola sepak profesional pada bulan lalu selepas 21 tahun karier sebagai pemain bola sepak profesional.

Kongsi artikel ini