Bekas pemain dan legenda Liverpool Danny Murphy bertanggapan tradisi melakukan ‘Guard of Honor’ kepada juara Liga Perdana Inggeris sebagai tradisi mengarut dalam bola sepak Inggeris.
Beliau juga percaya tidak ada seorang pun dari kalangan pemain Liverpool dan Manchester City sebenarnya rela untuk melakukannya.
Skuad Jurgen Klopp akan beraksi buat kali pertama sejak disahkan juara Liga Perdana Inggeris yang baharu, dan akan berhadapan juara bertahan, Manchester City di Etihad.
Sebelum ini pengurus City, Pep Guardiola mengesahkan pasukan kendaliannya akan memberikan penghormatan ‘Guard of Honor’ kepada Liverpool.
WE’RE PREMIER LEAGUE CHAMPIONS!! 🏆 pic.twitter.com/qX7Duxoslm
— Liverpool FC (Premier League Champions 🏆) (@LFC) June 25, 2020
Ia akan menjadi ‘Guard of Honor’ yang pertama buat kelab Merseyside itu dalam tempoh 30 tahun, dan merupakan antara perkara yang dinanti-nantikan oleh penyokong Liverpool di seluruh dunia.
Bercakap kepada Jim White di rancangan dikelolakan talkSPORT, Murphy berkata:
“Ia adalah tanggapan bahawa anda menunjukkan rasa hormat, menjadi ‘perkara yang betul untuk dilakukan’, menjadi mesej kepada dunia bola sepak apabila ada pasukan disahkan sebagai juara, bahawasanya anda telah menunjukkan rasa hormat dan kegemilangan.
“Apabila City melakukannya pada Khamis nanti, ia seperti menampilkan kerendahan diri sambil berkata ‘tahniah’ kepada Liverpool dan menghargai kualiti yang ditampilkan Liverpool.
“Kevin de Bruyne is the best midfielder, probably, in the world, and he’s clapping his hands and giving a guard of honour to players who can’t even lace his boots.."
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) June 29, 2020
“Saya berpendapat semua ini amat mengarut!
“Saya tidak tahu dari mana mulanya tradisi ini. Saya tidak akan selesa melakukannya.
“Saya melakukannya kerana terpaksa, tetapi saya sebenarnya enggan melakukannya kerana saya tidak ikhlas.
“Jika saya adalah pemain Liverpool dan Manchester United menang liga, anda mengakui mereka lebih baik dari mereka. Anda menghormati itu dan anda juga cuba menjadi yang terbaik seperti mereka, maka mereka tahu anda menghormati mereka.
Tepuk tangan kepada pesaing korang!https://t.co/xrU3UjiKKr
— Grandstand KITA (@GrandstandKITA) June 28, 2020
“Saya tidak melihat apakah keperluannya. Penyokong tidak mahu anda melakukannya, pemain enggan melakukannya – dan ia sekadar untuk memberi kesan dan tidak membawa maksud apa-apa.
“Kevid De Bruyne – mungkin adalah pemain tengah terbaik dunia pada hari ini akan bertepuk tangan untuk seorang pemain tengah lain yang berbeza kualiti dari dirinya.
“Saya pernah menemuduga Kevin de Bruyne dan dia menghormati Liverpool. Sudah tentu dia hormat. Tetapi dia tidak akan suka bediri di situ dan bertepuk tangan.
“Anda akan berkata ‘Saya tidak sabar menunggu musum hadapan. Ayuh buktikan kepada mereka betapa bagusnya kita kepada mereka.’.”