Lee Zii Jia, ingatlah nama ini. Ini kerana Zii Jia berpotensi menjadi permata baharu badminton negara satu hari nanti.
Satu persoalan terbesar menyelubungi peminat sukan badminton negara apabila Datuk Lee Chong Wei mengumumkan akan menggantung raket pada Jun 2019.
Siapakah pelapis badminton negara yang akan menggantikan jaguh badminton dunia itu?
Sepanjang tempoh 19 tahun Chong Wei mendominasi pentas badminton dunia, satu-satu pemain perseorangan negara muncul bersilih ganti.
BREAKING!
Lee Zii Jia has become the FIRST Malaysian Men's Singles since Superseries era to reach All England Semifinal, since Lee Chong Wei.
He beat the Olympics Gold Medalist, Chen Long, 21-12 21-18 in the Quarter Finals
Tahniah Malaysia!#YAE20 #PejuangAllEngland2020 pic.twitter.com/Pwa9ShOPaL
— Badminton Talk (@BadmintonTalk) March 13, 2020
Namun tiada di kalangan mereka mampu sekurang-kurangnya untuk tampil sebagai second fiddle kepada Chong Wei.
Kini harapan sukan badminton negara kembali mekar kembali.
Khabar gembira buat peminat sukan badminton tanah air apabila pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia berjaya merealisasikan impiannya untuk berada di ranking ke-10 dunia.
Menerusi kemas kini terbaharu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam, kedudukan Zii Jia itu naik tiga anak tangga berbanding kedudukan ke-13 sebelum ini.
Pada minggu lalu, pemain berusia 22 tahun itu mencipta kejutan di Kejohanan Badminton All England 2020 apabila mara sehingga ke saingan separuh akhir dalam penampilan pertama di kejohanan berprestij itu.
Malah Zii Jia turut menewaskan jaguh badminton China, Chen Long 21-12, 21-8 dalam tempoh 49 minit.
Lee Zii Jia scrambles to keep the rally going as @ViktorAxelsen finds another gear 🔥
Catch the action LIVE on https://t.co/Hltm3xVRfv#HSBCBWFbadminton #HSBCRaceToGuangzhou #AllEnglandOpen2020 #YAE20 #WorldTour pic.twitter.com/uPXP7YxQ1w
— BWF (@bwfmedia) March 14, 2020
Zii Jia juga hampir mengejutkan perseorangan utama dari Denmark, Viktor Axelsen di dalam tiga set yang berakhir dengan kiraan mata 21-17, 13-21, 19-21 di separuh akhir All England.
Zii Jia bersama 13 pemain dan enam jurulatih negara yang terlibat dengan kejohanan di Birmingham itu kini sedang melalui proses kuarantin selama 14 hari di Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Â