Lee Tuck Timang Tisu #StayAtHomeChallenge Yang Diakhiri Dengan Bunyi Kentut

Lee Tuck melakukan timangan gulungan tisu sebagai #StayAtHomeChallenge paling unik jika kompilasi ini dijadikan perbandingan.

Menimang gulungan tisu sebagai #StayAtHomeChallenge di kalangan pemain bola sepak profesional ibarat satu trending paa ketika kebanyakkan liga bola sepak di seluruh dunia dihentikan disebabkan penularan wabak coronavirus.

Bintang Barcelona, Lionel Messi dan permata baharu Manchester United dari Portugal, Bruno Fernandes adalah antara pemain yang telah melakukan timangan gulungan tisu ini.

Tidak terkecuali melakukannya ialah bekas kapten England dan Chelsea, John Terry yang melakukannya dengan sedikit kelainan.

Terry menimang gulungan tisu tersebut sebelum menyepak masuk ia tepat ke dalam replika trofi UEFA Champions League.

Cabaran tersebut turut berlatarbelakangkan lagu tema pra perlawanan Champions League.

Turut tidak ketinggalan melakukan timangan gulungan tisu ini adalah di kalangan pemain Liga Super Malaysia.

Safawi Rasid misalnya melakukan timangan tisu bersama adiknya Alfi Rasid. Tidak hairan mengapa Safawi begitu mahir melakukan timangan kerana pada zaman remajanya, pemenang anugerah MVP Liga Malaysia ini adalah seorang pemain sepak takraw.

Malah Safawi pernah mewakili Terengganu sebagai pemain di perigkat MSSM satu ketika dahulu.

Seperti Safawi, Alfi turut mengikut jejak langkah abangnya di dalam sukan bola sepak apabila turut mengikat kontrak bersama JDT.

Tidak ketinggalan melakukan timangan gulungan tisu untuk #StayAtHomeChallenge adalah pemain import Terengganu, Lee Tuck

Lee Tuck sememangnya merupakan pemain yang sentiasa mementingkan kecergasan diri – walaupun ketika bercuti.

View this post on Instagram

#stayathomechallenge 💩👍🏼🧻

A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck) on

Apatah lagi ketika liga sedang direhatkan. Ada sahaja yang akan dilakukan oleh pemain ini untuk memastikan dirinya sentiasa bersedia dan berada di tahap kecergasan terbaik apabila saingan bersambung kembali kemudian.

Melalui perkongsian di instagram yag dilakukan, Lee Tuck boleh dianggap sangat mahir menimang gulungan tisu.

Cuma mungkin Lee Tuck menjadi satu-satunya pemain bola sepak profesional di dunia yang mengakhirinya dengan bunyi kentut.

Perut masuk angin kot!

Kongsi artikel ini