Dua pemain import Sri Pahang FC, Lee Tuck dan Sergio Aguero gagal dinaturalisasikan dan didaftarkan sebagai pemain tempatan kelab itu selepas tama jendela perpindahan kedua Liga Malaysia pada tengah malam tadi.
Pada Februari lalu, Lee Tuck dan Aguero dilaporkan sedang di dalam proses untuk menjadi pemain terbaharu yang dinaturalisasikan di negara ini.
Berakhir jendela kedua perpindahan pemain malam tadi, Lee Tuck dan Sergio Aguero difahamkan tidak dapat didaftarkan sebagai pemain tempatan Sri Pahang FC.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 25, 2022
Proses tersebut bagaimana pun bukan sebahagian daripada program naturalisasi yang dijalankan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti sebelum ini.
Sebaliknya ia adalah usaha sendiri oleh pihak kelab bagi membenarkan pemain yang berkelayakan didaftarkan sebagai pemain tempatan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Naturalisasi kini semakin sukar
Tidak seperti proses naturalisasi yang dilakukan oleh FAM, proses sama oleh kelab kini menjadi lebih sukar dengan peraturan sedia ada diperketatkan.
FIFA membenarkan seseorang pemain asing dinaturalisasikan sekiranya telah beraksi dan berada di sesebuah negara selama lima tahun berturut-turut.
I would like to dispel rumours circulating that Johor Darul Ta'zim FC (JDT) are re-signing Gonzalo Cabrera as a naturalised player.
[1/3] pic.twitter.com/oVu4ihoizR
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) June 7, 2022
Kes sama juga berlaku kepada Gonzalo Cabrera apabila JDT tidak berniat menaturalisasikan pemain itu kerana perlu menunggu lebih lama.
Peraturan Manual Liga Malaysia menetapkan syarat bagi pemain yang hendak dinaturalisasi, mereka hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan 5 tahun selepas pemain tersebut mendapat pasport warganegara yang sah.
Lee Tuck ( 34 tahun )
Ezequiel Aguero ( 28 tahun )Betul eh Pahang dah habis fikir nak daftarkan diorang sebagai ni local player?
Kalau dah habis fikir okay teruskan. Tapi ingat bola tanggung tu hihi. pic.twitter.com/VwJzaUHcdh
— Twt Bola Pahang (@TwtBolaPahang) February 7, 2022
Untuk rekod, Lee Tuck hanya mulai beraksi di Liga Malaysia pada 2017 ketika menyertai Negeri Sembilan FC.
Sergio Aguero juga tiba pada tahun yang sama selepas mula beraksi di negara ini bersama Melaka United.
Proses tidak sama
Situasi Lee Tuck dan Sergio adalah berbeza berbanding apa yang dilalui Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula.
Dua pemain ini tidak perlu menunggu sehingga lima tahun tambahan untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan dan menjadi warganegara.
Pemain naturalisasi terbaharu negara, Guilherme de Paula akan menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bersama seorang lagi pemain naturalisasi, Mohamadou Sumareh.
Manakala Liridon Krasniqi dijangka akan menyertai pasukan pada bulan Mei 2021.#HarimauMalaya pic.twitter.com/ZBaD9G7WAH
— VOCKET FC (@vocketfc) March 15, 2021
Ini kerana kedua-duanya mereka dinaturalisasikan oleh program naturalisasi kebangsaan FAM yang menjalin kerjasama dengan pihak kerajaan untuk projek tersebut.
Kes Sumareh
Umum mengetahui Perkara 19 di dalam Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan kewarganegaraan melalui naturalisasi memerlukan seseorang individu bermaustautin di negara ini selama 12 tahun.
Mohamadou Sumareh pula adalah contoh pemain yang dinaturalisasikan oleh kelab (Pahang FA) sebelum ini.
Wishing #HarimauMalaya winger, Mohamadou Sumareh a happy birthday! 🥳 pic.twitter.com/JKI42KCR79
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) September 20, 2020
Jika anda masih ingat, Sumareh tetap tidak boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan walaupun selepas mendapat kad pengenalan sebelum ini. Pemain itu sudah berada di Malaysia sejak berusia 12 tahun selepas mengikuti keluarganya berhijrah ke negara ini pada 2006.
Mulai beraksi di Liga Malaysia pada 2013, Sumareh sepatutnya menunggu lima tahun lagi walaupun selepas mendapat kewarganegaraan, namun MFL pada 14 Januari 2019 telah meluluskan permohonan Pahang untuk mendaftarkan pemain Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia.
Pada hari ini FAM sudah menghentikan program ini, namun membenarkan kelab Liga Malaysia untuk menaturalisasikan pemain, mengikut syarat asal pertandingan dan perundangan negara.