Lee Tuck Adalah Jelmaan Conor McGregor Versi Malaysia

Bagi peminat UFC, nama Conor McGregor bukanlah nama yang asing lagi.

Peninju seni tempur Mix Martial Art itu dianggap sebagai antara watak penuh kontroversi, dan sering kali bernada angkuh dalam setiap kenyataan yang dilakukannya.

Antara pertempuran yang paling diingati oleh peminat UFC melibatkan petarung dari Ireland ini sudah pasti ketika McGregor tewas teruk dibelasah Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018.

Dan baru-baru ini, McGregor mengumumkan persaraan dari lapangan UFC selepas dikatakan merajuk tidak diberikan pertarungan yang beliau kehendaki.

Sejauh mana beliau akan bersara tidak diketahui setakat ini. Sebelum ini, McGregor telah bersara sebanyak tiga kali.

Lee Tuck jadi McGregor

Jika diperhatikan betul-betul wajah dan penampilan McGregor sebenarnya adalah mirip pemain import Terengganu FC, Lee Tuck.

Jika McGregor berasal dari Dublin, Ireland, Lee Tuck pula berasal dari Huddersfield, England.

Walaupun kedua-duanya melibatkan diri dalam sukan yang berlainan secara profesional, kedua-duanya gemar tampil berjambang.

Lihat gambar di bawah. Kedua-duanya kelihatan mirip bukan.

Kebetulan atau tidak, kedua-duanya juga adalah sebaya. Lee Tuck dan McGregor dilahirkan pada 1988.

Jika Lee Tuck menyambut hari kelahirannya pada 30 Jun lalu, McGregor pula pada 14 Julai akan datang.

Lebih menarik, kedua-duanya mempunyai ketinggian yang sama iaitu pada 175 cm!

View this post on Instagram

NON-STOP 39 minutes @bodsquad_sowerbybridge

A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck) on

Berdasarkan beberapa perkongsian dan kenyataan sebelum ini kita juga mengetahui bahawa McGregor juga menggemari bola sepak dan merupakan peminat Manchester United.

Kebetulan atau tidak, Lee Tuck turut pernah berkongsi akan kekagumman dan menghadiri perlawanan di Old Trafford.

View this post on Instagram

@manchesterunited Fantastic day at old Trafford

A post shared by LEE TUCK (@lee__tuck) on

Sumareh ucap hari jadi

Berdasarkan persamaan di atas, maka tidak hairanlah mengapa Mohamodou Sumareh mengucapkan selamat hari jadi kepada Lee Tuck dengan menampilkan gambar McGregor baru-baru ini.

Ucapan tersebut dilakukan di paut layar Instagram beliau baru-baru ini.

Pemain import dan kapten Terengganu FC itu benar-benar mempunyai persamaan dengan Conor McGregor baik dari segi penampilan, minat, gaya, ketinggian dan juga usia.

Pelanduk dua serupa?

Kongsi artikel ini