Lee Chong Wei Kongsi Kisah Cinta Pandang Pertama Dengan Wong Mew Choo

Lee Chong Wei sememangnya adalah ikon sukan badminton negara. Walaupun sudah bersara daripada aksi kompetitif di dalam gelanggang, nama Datuk Lee Chong Wei tidak pernah kering daripada bibir peminat sukan badminton.

Karier Chong Wei sejak 2002 telah memberikan beliau pelbagai kejuaraan sebelum mengumumkan persaraan pada 2018.

Merupakan rakyat Malaysia ke-6 yang pernah merangkul pingat di Sukan Olimpik, Chong Wei adalah pemenang pingat perak sebanyak tiga kali di temasya sukan dunia itu.

Kekasih hati

‘Behind every successful man there is a woman.’ Pepatah Bahasa Inggeris ini tidak terkecuali untuk perjalanan karier Chong Wei.

Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo berkahwin pada 9 November 2012. Pasangan tersebut kini dikurniakan dengan dua anak lelaki iaitu Kingston dan Terrance.

Seperti mana Chong Wei, pasti ramai yang tahu bahawa Mew Choo juga adalah bekas pemain perseorangan negara.

Mew Choo bagaimanapun bersara sebagai pemain badminton negara pada 2011 selepas beberapa siri kecederaan yang melandanya.

Cinta pandang pertama

Baru-baru ini adalah Hari Kelahiran Datin Wong Mei Choo yang ke-37. Chong Wei sempat berkongsi kegembiraan mereka sekeluarga meraikan hari kelahiran isterinya itu.

Turut dikongsi adalah detik cinta pandang pertama Chong Wei terhadap Mei Choo.

“A long long time ago, there was this budak mentah kurus kering, umur 15 tahun, naik bus from Penang to KL for badminton competition,” kata Chong Wei dalam perkongsian di Facebook.

“Penuh semangat to prove his worth, trying to barge his way into the national team set up. Little he knew in his first outing, he could only enter for mix double category, not his favored single category. Nevertheless, he was so pumped up to do well.

“Entering the hall to warm up, he was really focus. Eyes only on the title. Nothing else. Dlm otak nak menang jer, taktik lawan, strategi, wind draft, hall conditions, court sebelah maner lagi “Ong”, dan pesanan motivasi coach.”

Walaupun dengan kekuatan mental dan fokus yang begitu kuat untuk memenangi kejuaraan, Chong Wei mengakui semuanya ibarat ‘masuk longkang’ apabila beliau terpandang wajah Wong Mew Choo yang berusia 14 tahun pada ketika itu.

A long long time ago, there was this budak mentah kurus kering, umur 15 tahun, naik bus from Penang to KL for badminton…

Posted by Lee Chong Wei 李宗伟 on Friday, May 1, 2020

Mujurlah Chong Wei bijak mengalih fokusnya dengan aksi padu di gelanggang, semata-mata untuk membuktikan diri dan mencuri perhatian gadis tersebut.

“Hell, all those mental preparation went masok longkang when he saw a 14 years old girl wakil Selangor. Cara dia jalan masok court, stretching, warm up… So elegant, so pretty!

“Lemah terus lutut itu budak Penang. Nak mintak phone number but she was well protected by her sister and parents. He figured, the only way to win her attention was to win on court.

“In that competition, every smash, drop, dive, chop performed were to impress her and everytime he scores his eyes curi² scanned around hoping she was watching.

The budak mentah is me, the angel in court of course is my wife Mew Choo. Happy birthday my dereast wife, my definition of perfection. I’m just so blessed to know you and be with you every since. To many birthdays to come. Thanks for everything.

Penutup

Buat Datin Wong Mew Choo, selamat hari kelahiran ke-37 kami ucapkan. Buat Chong Wei dan keluarga, semoga terus berbahagia sehingga ke anak cucu.

“Heroes get remembered, but legends never die.”

― Babe Ruth

Kongsi artikel ini