Layan Aksi Dion Cools Bersama Buriram vs Chonburi Sambil Baring Santai Dari Bilik Tidur Mewah Chang Arena

Stadium Buriram adalah stadium milik kelab Liga 1 Thailand, Buriram United dan merupakan gelanggang rasmi buat pemain warisan negara, Dion Cools mulai Januari ini.

Turut digelar Stadium Thunder Castle, dan pada hari ini dinamakan Chang Arena kerana penajaan, stadium ini berkemampuan untuk memuatkan 32,600 penonton pada satu-satu masa.

Dan tahukah anda pembinaan stadium ini juga hanya memerlukan 265 hari untuk dibina – menjadikan ia stadium terpantas yang pernah dibina di dunia.

Chang Arena adalah stadium bola sepak sepenuhnya pertama di Thailand yang memenuhi kriteria oleh FIFA dan AFC dan boleh digunakan untuk penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa dan domestik.

Ia turut dilengkapi dengan kemudahan serba lengkap seperti bilik locker untuk pasukan tuan rumah dan pelawat, pusat perubatan moden, selain bilik penyiaran bertaraf antarabangsa untuk membuat liputan.

พาชมบรรยากาศภายในห้อง
‘DREAM POWER CLUB’
จาก Dunlopillo Thailand

เปิดประสบการณ์ใหม่แห่งการดูฟุตบอลอย่างเหนือระดับ…

Posted by BURIRAM UNITED on Monday, January 23, 2023

Stadium yang dirasmikan pada 2011 dan dibina menggunakan kos mencecah RM72.67 juta itu kini bersedia untuk memberikan pengalaman baharu buat penyokong dan pengunjung yang ingin menyaksikan perlawanan di stadium ini.

Terbaru, Buriram United dilaporkan bersedia untuk menawarkan bilik tidur untuk pengunjung menyaksikan perlawanan bola sepak di venue ini.

Dan pakej menyaksikan perlawanan dari bilik tidur di stadium ini akan mula ditawarkan seawal 29 Januari hadapan untuk perlawanan menentang Chonburi FC.

Ini bermakna anda boleh menyaksikan aksi pemain-pemain seperti Dion Cools, Theerathon Bunmathan, Suphanat Muenta, Supachai Jaideed, Sasalak Haiprakorn dan ramai lagi sambil baring santai-santai di Chang Arena.

Menurut laporan media Thailand, pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak di Chang Arena sambil baring santai-santai ini adalah hasil usahasama Dunlop Pillow Thailand dan Buriram Unuted sendiri.

Malah sepanjang perlawanan anda turut akan dihidangkan dengan makanan dan minuman yang disediakan Hotel Amari yang terletak bersebelahan stadium.

Ia pasti menjadi satu lagi pengalaman menarik untuk pengunjung dan penyokong bola sepak yang berkunjung ke Chang Arena selepas ini.

Kongsi artikel ini