“Ini adalah salah satu gol terhebat yang pernah dijaringkan di dalam bola sepak,” kata Alex Ferguson selepas jaringan Ryan Giggs membantu Manchester United menyingkirkan Arsenal dari pertandingan Piala FA 21 tahun yang lalu.
Secara teknikal, gerakan daripada Giggs saat berjaya memintas bola hantaran Patrick Viera tampak sempurna.
Tetapi tidak ramai tahu apakah yang membuatkan Giggs begitu yakin menjaringkan gol yang dianggap spektekular itu.
Aksi yang mecetuskan larian spektakular
Dalam temubual bersama Manchester Evening News baru-baru ini, Giggs mengaku larian hebatya bersama bola pada ketika itu adalah disebabkan aksi buruknya pada malam tersebut.
“Saya masuk sebagai pemain simpanan untuk menggantikan Jasper [Blomqvist], dan saya asyik kehilangan bola [apabila melakukan hantaran].
“Jadi saya memutuskan apabila saya mendapat bola seterusnya, saya akan cuba menggelecek sedikit.
“Itulah yang saya lakukan, dan ia mengejutkan kerana akhirnya bola berada di belakang jaring.,” kongsi legenda kelab Manchester itu yang kini sudah bergelar pengurus pasukan kebangsaan Wales.
Gol yang dikenang sebagai antara yang terhebat sepanjang zaman ini dihasilkan oleh Ryan Giggs dalam perlawanan ulangan separuh akhir menentang Arsenal di Villa Park.
Kedudukan pada ketika itu dan terikat 1-1. Arsenal pula menekan United yang beraksi dengan 10 pemain selepas Roy Keane dilayangkan kad merah pada minit ke-74 perlawanan kerana kekasaran terhadap Mars Overmars.
Dan kemudian Giggs memintas hantaran rendah liar oleh Patrick Viera dari kawasannya sendiri, melarikan bola menewaskan empat pemain, sebelum merembat menewaskan David Seaman.
Keraian luar biasa
Gol tersebut mencetuskan keraian luar biasa dari kem United – khususnya oleh Giggs sendiri.
Beliau membuka baju sambil mengibarkan jersinya sebelum berlari ke arah rakan sepasukan.
“Saya tidak mahu melihat keraian gol itu,” kata Giggs sambil ketawa merujuk kepada dadanya yang lebat dengan bulu.
Viera! Viera! Happy Ryan Giggs Day! #mufc pic.twitter.com/Q8ywQoz8Kh
— The United Stand (@UnitedStandMUFC) April 14, 2020
“Scholesy juga hampir membuka bajunya, dan ia pasti akan mengeluarkan saya dari penjara.”
Selain daripada aspek teknikal yang dipamerkan oleh Giggs, gol tersebut sudah pasti akan dikenang terutama oleh penyokong United kerana ia dijaringkan pada musim kelab tersebut meraih Treble.
Sehingga kini, skuad 1998/99 masih lagi dianggap sebagai yang terhebat di England kerana berjaya meraih tiga kejuaraan utama di dalam satu musim.
In-game management Ferguson yang brilliant
Mengenang kembali perlawanan tersebut secara keseluruhan, pujian juga harus diberikan kepada Sir Alex Ferguson.
Pada kempen musim tersebut skuad Ferguson mempunyai dua perlawanan eropah di antara perlawanan Piala FA itu, dan juga komitmen mereka terhadap saingan Liga Perdana Inggeris.
Football legends
Ryan GiggsArguably one of the best premier league footballers in history,many people regard Ryan as a proven legend of the game. pic.twitter.com/5FWdADJ3WU
— ChristForAll (@JesusChristsave) April 15, 2020
Dan United hanya bersandarkan skuad sedia ada untuk setiap saingan.
David Beckham terlebih dahulu meletakkan United di hadapan melalui gol dari luar kotak penalti, namun Dennis Berkamp berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan.
Giggs- sepatutnya direhatkan untuk perlawanan tersebut – namun dimasukkan oleh Ferguson selepas sejam perlawanan berlangsung.
Pada ketika itu Vieira, Lee Dixon, Martin Keown dan Tony Adams sudah mulai menunjukkan kepenatan.
“Beliau [Giggs] mempunyai kepantasan, keseimbangan, sentuhan yang menarik dan kesungguhan yang mampu menewaskan mana-mana pemain pertahanan terbaik dunia,” ujar Ferguson selepas itu.