Laporan WTO Jadikan Pengambilalihan Newcastle AMAT DIRAGUI

Pengambilalihan Newcastle United oleh konsortium dari Amerika Syarikat kini mulai diragui selepas satu laporan yang dikeluarkan oleh Organisasi Perdagangan Antarabangsa (WTO).

WTO adalah badan antrabangsa yang menerajui perihal perundangan dalam perdagangan global diantara negara-negara.

Mike Ashley kini sudah menunggu sehingga dua bulan untuk pengambilalihan tersebut diselesaikan.

Namun menurut laporan The Guardian, pengambilalihan tersebut kini berada dalam risiko besar untuk tida diteruskan, setelah WTO mengaitkan pemilik konsortium Arab Saudi dengan syarikat beoutQ – yang bertanggungjawab untuk penyiararan siaran televisyen digital haram di Timur Tengah.

The Guardian berkata laporan oleh WTO itu akan dikeluarkan kepada umum pada bulan hadapan, dan telah mengaitkan kerajaan Arab Saudi di sebalik penyiaran haram tersebut.

Laporan setebal 130 muka surat itu bagaimanapun dipercayai sudah diserahkan kepada Premier League sebagai bukti salah laku, selepas diminta oleh badan bola sepak itu sebagai sebahagian daripada tapisan proses perundangan yang wajib dilalui oleh pihak berkenaan.

Sehingga kini sembilan firma guaman tempatan di Arab Saudi telah menolak untuk mengambil kes menentang beoutQ daripada England, FIFA, UEFA,dan juga La Liga yang cuba menentang penyiaran haram oleh syarikat tersebut.

Konsortium daripada Arab Saudi itu sebelum ini dilaporkan mahukan 80% pemilikan Newcastle, dan laporan WTO bermakna bakal pemilik baru kelab tersebut tidak melepasi tapisan yang diperlukan.

beIN Sport adalah pemegang hak penyiaran eksklusif untuk semua perlawanan Premier League di Timur Tengah sebelum ini turut lantang membantah pengambilalihan Arab Saudi terhadap The Magpies.

Amnesty International turut melahirkan kebimbangan mereka terhadap isu kemanusaiaan dan hak asasi manusia yang diamalkan oleh Arab Saudi.

 

Kongsi artikel ini