Diego Maradona akan terus dikenang sebagai lagenda Argentina di dalam bolasepak dunia yang tidak terbilang walaupun beliau telah pun pergi buat selamanya.
Diego Maradona, one of football's most beloved icons, has died.
Rest in peace. pic.twitter.com/IHBVzyU7q2
— Goal (@goal) November 25, 2020
Kematian Maradona 60 tahun telah disahkan oleh ejennya Matis Morla kepada ESPN Argentina disebabkan serangan jantung di rumahnya , Bueno Aires.
Diego Maradona has died at the age of 60, his longtime lawyer and agent Matias Morla confirmed.
The World Cup-winner was recently hospitalized and underwent brain surgery and was released on Nov. 11. pic.twitter.com/T58i4RVDFH
— SportsCenter (@SportsCenter) November 25, 2020
Beliau baru sahaja menyambut ulangtahun hari kelahiran ke 60 tahun beberapa minggu lepas.
Maradona membantu Argentina memenangi Piala Dunia pada tahun 1986. Kehebatan Maradona tidak ada tolok bandingannya walaupun sering dibandingkan dengan Pele di zaman kegemilangannya.
Sejarah Maradona juga dekat dengan bolasepak Malaysia apabila Diego Maradona pernah bermain di stadium Merdeka Kuala Lumpur bertemu dengan skuad pilihan Selangor yang diketuai oleh lagenda Malaysia Allahyarham Mokhtar Dahari (SuperMokh) ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Boca Juniors yang menang 2-1 pada 14 Januari 1982.
Kontroversi Argentina menjadi juara di Piala Dunia Mexico 1986 menjadi berita paling hangat sekali apabila Diego menggunakan tangan menjaringkan gol kemenangan bagi Argentina.
Gol “Hand of God” itu akan terus dikenang oleh peminatnya sehingga zaman berzaman.