Presiden La Liga, Javier Tebas menegaskan kelab yang enggan bermain setelah saingan disambung kembali akan menerima hukuman.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Persatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol (AFE) melahirkan kerisauan akan ancaman kesihatan sekiranya saingan disambung kembali.
“Jika ada kelab enggan beraksi apabila pihak berkuasa mengesahkan semua sudah okay, maka mereka kalah perlawanan itu, seperimana peraturan sebelum ini,” jelas Tebas melalui panggilan video bersama Adea Conecta.
Tebas juga berbicara pelan La Liga untuk menamatkan saingan pada musim ini dalam lima fasa.
La Liga president Javier Tebas: "Professional football in Spain represents 1.37% of Spain's GDP and the game generates over 180,000 jobs. We need to ensure that there is no exposure to coronavirus but we're keen to return to work as soon as possible." pic.twitter.com/2GKCSyf1Uo
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) April 24, 2020
“Fasa pertama, ialah apabila keadaan darurat ditarik balik, ialah untuk menyambung kalendar kita untuk membenarkan semua pihak kembali berlatih dan bermain. Perkara ini harus dirancang secara bersama dengan UEFA dan liga-liga utama di Eropah yang lain,” kata Tebas.
“Kita bekerja secara blok [sendirian], dengan liga-liga dan pertandingan eropah. Buat masa ini kita masih bekerja secara dalaman.
“Di Jerman mereka sudah mulakan latihan sejak beberapa hari lalu dan dijangka akan bermula kembali pada Mei. Buat masa sekarang, ia sepertinya kita harus melakukannya mengikut blok.
Cancelling LaLiga season not an option: Javier Tebas – https://t.co/BXFfBOW4jo pic.twitter.com/aoBoREPfYN
— The Rahnuma Daily (@DailyRahnuma) April 24, 2020
“Apabila kita selesai menjadulkan semula, kita akan memulakan fasa kedua iaitu penilaian kerugian jika tidak beraksi atau beraksi di stadium tertutup.
“Kerugian yang dikira setakat ini menjangkau satu billion euros jika kita tidak menamatkan musim. Jika bermain di stadium tertutup, kerugian akan mencecah 300 juta euro.
“Kita juga perlu ada startegi. Ada kelab memohon dana kerajaan, dan ada juga kelab yang memotong gaji pemain.”
Fasa ketiga pula adalah mengenai protokol bagaimana latihan harus dijalankan selepas dibenarkan berbuat demikian agar selaras dengan protokol kesihatan.
Fasa keempat pula adalah bagaimana aksi akan disambung semula di stadium tertutup, manakala fasa kelima adalah mengenai perancangan untuk musim hadapan.
Tebas juga mengakui mereka tidak berfikir La Liga tidak boleh dimulakan kembali buat masa ini.
“Kami tidak berhadapan senario itu buat masa ini. UEFA atau pun La Liga tidak mempunyai perancangan berbuat demikian.”