Kun Aguero Ucap Selamat Tinggal Kepada Bolasepak Demi Kepentingan Nyawanya

Tiada yang lebih menyedihkan apabila mengetahui diri sendiri mempunyai masalah jantung sehingga menyebabkan terpaksa menggantungkan kasut but buat selama-lamanya dan itulah kenyataan yang terpaksa diterima oleh Sergio Aguero apabila mengumumkan persaraannya daripada dunia bolasepak.

Lagenda Manchester City yang telah bermain selama 10 musim sebelum berpindah ke kelab Barcelona musim 2021/2022 telah membuat pengumuman persaraan beliau di ratusan para jemputan dif kehormat di stadium Nou Camp sebagai sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepadanya.

“Saya telah membuat keputusan untuk berhenti bermain bola. Ia keputusan yang sukar namun ini demi kepentingan nyawa saya. Saya ingin beritahu kepada semua yang saya telah melakukan segala yang terdaya. Impian saya untuk bermain bolasepak sejak umur lima tahun lagi.”

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua terutama kelab yang dapat saya bermain bolasepak Atletico Madrid , Manchester City dan Barca.

Pada 30 Oktober lalu, Aguero terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami ketidakselesaan di bahagian dadanya ketika pasukannya seri 1-1 dengan Alaves. Pemain berusia 33 tahun ini baru sahaja membuat lima penampilan di Barcelona berikutan masalah kecederaan yang sering menimpanya.

Pakar jantung mengesahkan bahawa Sergio Aguero mengalami degupan jantung tidak sekata (cardiac arrythmia) yang boleh membahayakan nyawa beliau sekiranya terus bermain dalam sukan yang dicintainya itu.

“Kesihatan saya lebih penting. Staff perubatan beritahu saya keputusan terbaik adalah berhenti daripada bermain bola dan saya akan meninggalkan Barcelona dan bersara daripada bolasepak proffesional.

 

Red Devils terciduk kerana gol Aguero

Skuad Manchester United yang dipimpin oleh Sir Alex Ferguson pada musim 2011/2012 bersiap sedia untuk meraikan kejuaraan Liga Premier Inggeris selepas menundukkan Stoke City 1-0 dalam perlawanan terakhir liga.

Queens Park Rangers pada ketika itu telah pun mengikat jaringan 2-2 dengan Manhester City pada dan hanya menunggu beberapa saat sebelum pengadil meniup wisel tamat perlawanan.

Semangat melawan pemain Citizens untuk mendapatkan kemenangan tidak pudar. Aguero yang berlari membawa bola menghantar ke Balotelli. Pemain kebangsaan Itali itu sempat memusingkan badan sambil menggelek seorang pemain QPR sebelum melorongkan bola ke Aguero dan sedikit acahan mengelirukan pertahanan dia terus merembat bola yang melepasi gol.

Gol Kun Aguero yang baru diikat oleh Citizens musim itu menjadikan suasana bagaikan gila dan gegak gempita oleh para penyokong Manchester City di stadium Etihad yang memberikan kejuaraan trofi EPL kalo pertama semasa kendalian pengurus Roberto Manchini.

Ini merupakan momen paling ikonik yang paling diingati sepanjang zaman Liga Premier Inggeris.

Manchester City's players celebrate after winning their first Premier League crown in dramatic fashion

Manakala di Old Trafford pada ketika itu suasana amat muram apabila Alex Ferguson terlepas trofi EPL itu ke kelab yang baru diambil alih oleh kongomelrat Arab Saudi.

Sir Alex Ferguson applauds Manchester United's fans after losing out on the title on the final day of the season

Lagenda kerana statistiknya yang mengagumkan

Statistik Kun Aguero sangat gila di dalam Liga Premier Inggeris sejak dia tiba daripada Atletico Madrid. Menjaringkan 184 gol liga EPL serta menghadiahkan 5 kejuaraan trofi menunjukkan dia adalah seorang penyerang paling berbisa yang menjadikan Manchester City kelab besar menjadi pencabar Liverpool , Manchester United , Arsenal dan Chelsea.

Sergio Aguero telah mencapai dan menikmati segala yang telah dia impikan dalam karier bolasepaknya hampir 15 tahun.

Berehatlah Kun Aguero!

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini