Liverpool kini telah memintas Manchester City dan Chelsea dalam senarai kelab paling bernilai di Eropah. Nilai kelab Merseyside itu meningkat 19% kepada £2.25 billion.
Namun juara Eropah itu masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan nilai yang dimiliki oleh Real Madrid, Manchester United dan Barcelona dalam senarai kelab terkaya itu.
Real Madrid terus kekal di tempat teratas dalam senarai KPMG pada tahun ini dengan nilai perusahaan £2.95 billion – peningkatan sebanya 1.5% berbanding tahun lalu.
Liverpool leapfrog Manchester City AND Chelsea in KPMG's list of Europe's mos…https://t.co/RAHDUk991p
+1 FootyBot #EPL #premierleague— English Premier League Briefly (@EnglishPre_b) May 28, 2020
Walaupun meningkat sedikit, ia cukup untuk mengekalkan Real Madrid mengatasi Manchester United yang mengalami susut nlai sebanya 12.2% kepada nilai keseluruhan £2.7 billion.
Liverpool dilihat sebagai kelab yang merekodkan pencapaian paling memberangsangkan dalam indeks kekayaan KPMG pada tahun ini setelah merangkul kejuaraan eropah dan dunia pada tahun lalu – serta bakal dinobatkan selaku juara Liga Inggeris sekiranya saingan Premier League disambung.
Kelab Merseyside itu merekodkan peningkatan nilai sebanyak 19.3%, dengan nilai perusahaan £2.25 billion untuk mengatasi Man City dan Chelsea.
💥KPMG’s annual club valuation report ranks the 32 most prominent European football clubs based on their Enterprise Value at 1 January 2020.
🔴Liverpool: A rise in value of 26.9% saw them move ahead of Man City and Chelsea to fifth with an enterprise value of £2.6b. pic.twitter.com/AEXoFdIUd2
— Parted Beard (@LIVERsuperPOOL) May 28, 2020
City sekadar merekodkan peningkatan 0.3% pada nilai £2.21 billion, manakala Chelsea yang muncul juara Liga Europa pada musim lalu susut 6.3% dengan nilai keseluruhan pada £1.88 billion,
Tottenham yang tewas kepada Liverpool di perlawanan akhir Champions League pada musim lalu pula melonjak ke tangga ke-8, manakala Paris Saint-Germain merekodkan peningkatan 36.7% untuk melonjak di atas Arsenal dan Juventus yang melengkapkan senarai 10 kelab paling bernilai di Eropah.