Korbankan Raya, Yazid Dragon Ke PES20 World Final!

Malaysia mencipta sejarah terendiri di dalam eSport apabila dua daripada tiga wakil pasukan negara berjaya melepasi ๐—ฒ๐—™๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—น ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—™๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—น๐˜€ untuk mara ke World Final.

Sebelum itu, salah seorang daripada peserta tersebut terpaksa berkorban tidak dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga di kampung kerana ingin membawa harapan negara di peringkat Asia yang bertanding di eFootball PES 2020.

Pasukan negara yang diwakili oleh Ahmad Yazid Abdul Rahman bersama dua lagi rakan senegara, Muazz Ahmad (Arsenal) dan Steve Wong Teck Hau (Manchester United) menyertai pusingan kelayakan tersebut secara atas talian, selepas perancangan awal untuk bertanding secara offline di Tokyo terpaksa dilupakan akibat penularan wabak.

2 dari daripada 3 orang wakil Malaysia yang berentap dalam ๐—ฒ๐—™๐—ผ๐—ผ๐˜๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—น ๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ ๐—ฅ๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—™๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—น๐˜€ telah berjaya menempahโ€ฆ

Posted by Gamers on Duty onย Monday, 25 May 2020

Pengorbanan tersebut nyata tidak sia-sia apabila Ahmad Yazid dan Ahmad Muazz berjaya melepasi pusingan kelayakan zon Asia itu untuk bertanding di World Finals nanti.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama wakil Malaysia layak ke pertandingan peringkat dunia bagi permainan PES. Ahmad Yazid pula layak ke World Finals sebagai pemain terbaik dari Asia.

Alhamdulillah. I did it. We did it. Malaysia did it. History; written. 1st Malaysian PES player ever to grasp the Worldโ€ฆ

Posted by Yazid Dragon onย Sunday, 24 May 2020

Melalui pautan Facebook yang dikongsikan oleh Ahmad Yazid, beliau dan Muazz Ahmad akan bertanding sebagai wakil pertama di Malaysia di World Finals pada Julai nanti.

Tahniah kami ucapkan daripada Grandstand KITA. Sudah tentu kita harapkan akan ada lebih ramai pemain PES dari Malaysia yang mampu mencipta nama di peringkat dunia satu hari nanti.

Malaysia Boleh!

Kongsi artikel ini