Kontroversi Super Ejen Mino Raiola Akhirnya Paul Pogba Membuka Mulut

Setelah mendiamkan diri beberapa hari selepas kontroversi yang dicetuskan oleh agennya Mino Raiola kepada media Italy minggu lalu , akhirnya Paul Lille Pogba telah memuatnaik satu kenyataan di laman Instagramnya.

” Saya sentiasa berjuang , dan berjuang demi pasukan Manchester United , rakan sepasukan dan penyokongnya.”

β€œBla , bla , itu tidak penting. Masa depan masih jauh , hari ini saya terlibat 1000 peratus!”

β€œSentiasa kuat bersama dan ianya terang diantara kelab dan saya tiada apa yang berubah.”

β€œApabila kamu tidak tahu apa yang sedang berlaku di dalamnya , mohon jangan bercakap sebarangan.”

Ini respon yang dikeluarkan oleh pemain berusia 27 tahun dan gambar seperti dia sedang berdoa menunjukkan Paul sedang melakukan pemanasan badan sebelum berlangsung perlawanan di antara Red Devils dan Manchester City di stadium Old Trafford.

Tetapi ramai peminat masih keliru dengan ayat terakhir Paul Pogba , samaada ia ditujukan kepada Mino Raiola sendiri atau individu yang mengkrtitik ejennya itu.

Pemain tengah ini telah diberikan kepercayaan oleh pengurusnya Ole Gunnar Soksjaer untuk membarisi kesebelasan utama ketika aksi pertemuan Manchester Derby ini membentuk persefahaman bahagian tengah bersama Bruno , Fred dan Tomminay sehingga tamat perlawanan.

Dalam perlawanan awal pagi (waktu Malaysia) kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata sahaja kerana tiada gol yang dapat dijaringkan. Perlawanan itu hambar dan tidak mempunyai cita-cita untuk melihat skuad manakah yang terbaik dan terhebat di bandaraya Manchester.

Ini adalah penampilan ke enam Paul Pogba dalam skuad Manchester United selepas beliau membuat penampilan di Liga Kejuaraan Liga Eropah menentang RB Leipzig kumpulan G dan tersingkir dari kejohanan elit itu selepas kalah 3-2 dan hanya dapat bermain di kejuaraan kelas kedua UEL bersama dengan Arsenal dan Tottenham Hotspurs.

Mino Raiola adalah ejen yang suka mencari pasal terhadap kelab utama yang mempunyai pemain-pemain bertaraf dunia. Beliau cuba mengambil kesempatan di atas situasi yang telah terjadi ke atas Paul Pogba untuk membuat duit atas angin samaada pemain itu menyambung kontraknya atau mencari kelab yang baru.

Terdapat beberapa laporan bahawa beliau akan pergi ke kelab Juventus , PSG , atau ke Real Madrid apabila jendela perpindahan pemain di buka pada Januari 2021. Bagaimanapun pengurusan tertinggi kelab berkenaan masih mendiamkan diri tanpa tampil untuk berminat kepada pemain negara Perancis itu. Mungkin mereka terus menilai dan memantau situasi pemain itu dari segi kos gaji dan harga untuk mendapatkan khidmatnya dari Red Devils.

Adakah kenyataan Paul Pogba ini dapat memujuk hati Ed Woodward yang mungkin berasa hati dengan kenyataan ejennya daripada membuka tawaran kepada kelab lain untuk berpindah keluar dari Old Trafford buat pemain tersebut.

Biar Ole sahajalah yang menyelesaikannya.

Kongsi artikel ini