Baru-baru ini Konami telah mengumumkan pengeluaran PES 2021 yang akan dilancarkan pada 15 September hadapan.
Berbeza dengan edisi permainan sebelum ini, Konami dilaporkan tidak akan menerbitkan PES 2021 seperti biasa.
Sebaliknya, mereka hanya mengeluarkan kemaskini untuk PES 2020.
Pro Evolution Soccer is taking a different approach this year, with PES 2021 to arrive as a budget "season update", ahead of a fully fledged PES 2022, which will come to next-gen using Unreal Engine. https://t.co/syO6B24pv3 pic.twitter.com/N5tEMWiHuI
— IGN (@IGN) July 15, 2020
Ia juga bermaksud hanya ada perubahan kecil untuk edisi setersnya.
Namun jika diteliti pada trailer yang Konami baharu keluarkan, ada cubaan untuk mencipta semula momen ikonik karier pemain seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, David Beckham, Dennis Bergkamp dan Oliver Khan.
Gol solo Messi yang berusia 19 tahun dalam perlawanan menentang Getafe dan jaringan Beckham dari tengah padang untuk Manchester United menentang Wimbledon adalah antara dua gol klasik yang boleh dilihat di PES 2021.
Turut berada di dalam trailer adalah tiga trio pengurus Pep Guardiola, Frank Lampard dan Ryan Giggs.
Gazprom Arena was created around 20/08/2019 according to the game files, while Wembley Stadium is created around the 02/02/20 (so a short time ago). It seems to have been completely redesigned without having any common assets with its PES 2014 version. #PES2020 #eFootballPES2020 pic.twitter.com/Z0JWdqTa2U
— Durandil PES (@Durandil67) June 4, 2020
Konami dilaporkan mahu menawarkan harga istimewa kepada pemain PES sempena dengan ulangtahun PES yang ke-25.
Pastinya peminat PES akan teruja dengan DLC dan perubahan pada perpindahan pemain serta mode Euro 2020.
Sayangnya peminat tidak mendapati pakej baharu lengkap sempena ulang tahun tersebut.
Ini dikatakan kerana keutamaan Konami kini adalah untuk membina PES 2022 yang akan dimainkan pada PlayStation 5 dan Xbox Series.