Tahun 2020 adalah tahun yang amat mencabar untuk sesiapa sahaja setakat ini. Namun ia tidak pernah menghalang jenama barangan sukan terkemuka Nike untuk berkolaborasi bersama syarikat francais kedai serbaneka terkemuka, 7-Eleven.
Nike sememangnya dikenali sebagai sebuah syarikat yang sering melakukan kolaborasi dalam penghasilan produk yang dianggap rare dan eksklusif.
Namun mengambil kira bidang perniagaan masing-masing, kolaborasi di antara Nike dan 7-Eleven dianggap sebagai kerjasama yang paling tidak disangka-sangka.
View this post on InstagramThis photo is from Taiwan 7-11
A post shared by John Wu aka 小約翰 (@lil_john310) on
Berdasarkan beberapa perkongsian di Instagram, kasut tersebut akan tampil dengan tiga warna koporat 7-Eleven iaitu jingga, merah dan hijau pada rekaannya.
Kasut tersebut itu turut didatangkan dengan logo ikonik kedai serbaneka itu pada bahagian tepi belakang kasut.
Lambang Nike dberwarna putih selain jingga pada bahagian belakang kasut, hijau (tengah) dan merah mewarnai bahagian depan kasut manakala tali kasut pula didatangkan dalam pelbagai warna mengikut kegemaran pelanggan termasuk putih, merah, hijau dan jingga.
Ini sebenarnya bukan kali pertama Nike akan bekerjasama dengan jenama yang berlainan. Sebelum ini, syarikat tersebut turut pernah bekerjasama dengan syarikat aiskrim, Ben & Jerry; penyanyi rap. Travis Scott; dan juga Strangelove Skateboards
Menurut hyperbeast.com, belum ada tarikh rasmi kasut ini akan dipasarkan. Namun ia dipercayai ia adalah untuk keluaran eksklusif di pasaran Jepun.