Kisah Nistelrooy Yang Tidak Sensitif, Ejek Ronaldo Sehingga Menangis Selepas Kematian Ayah

Louis Saha pernah mendedahkan bagaimana penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy menyebabkan Cristiano Ronaldo menitiskan air matata selepas berlaku ejekan akibat pertelingakahan diantara kedua-dua pemain ketika latihan.

“Ruud memnpunyai ego; dimana beliau mahukan setiap hantaran diberikan kepadanya,” ujar Saha dalam temubual bersama Four Four Two sebelum ini.

“Dan adakalanya, perkembangan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Wayne Rooney membuatkan perkara itu sukar dikendalikan oleh pengurus.

“Adakah benar Ruud menyebabkan Ronaldo menangis? Ya, memang ada kisah kerana kedua-duanya bertengkar dan ia berlaku selepas Cristiano baharu sahaja kematian ayahnya. Jadi ia bukan masa yang sesuai.

“Perkara seperti itu memang akan berlaku terutama apabila anda mempunyai pemain yang bersemangat tinggi, tetapi saya percaya Ruud menyesal dengan kata-kata yang beliau luahkan.”

Ayah kepada Ronaldo, Jose Dinis Aveiro meninggal dunia pada 2005 akibat pengambilan alkohol, dan terlepas kebanyakkan kejayaan yang diraih oleh anaknya itu.

Terdapat dakwaan bahawa sebab utama Van Nistelrooy ditunjukkan pintu keluar oleh Sir Alex Ferguson di Old Trafford adalah kerana ejekan pemain itu terhadap ayah Ronaldo.

Bekas pegawai komunikasi Parti Buruh. Alistair Campbell adalah rakan baik kepada Ferguson dan berkongsi mengenai kisah perpindahan Nistelrooy ke Real Madrid di dalam buku beliau.

“Perkara terakhir ialah apabila Cristiano Ronaldo diberitahu beliau telah menemui seorang ayah baru iaitu Carlos [Quieros, pembantu Ferguson] oleh Nistelrooy selepas Ronaldo kematian ayahnya akibat pengambilan alkohol.”

“Carlos menasihatkan beliau [Nistelrooy] untuk menunjukkan rasa hormat, dan pemain itu berkata beliau tidak menghormati sesiapa di situ.

“Walaupun kemudiannya Nistelrooy minta maaf, Ronaldo sudah pun makan hati.”

“Alex [Ferguson] menghalau Nistelrooy ke rumah selepas mengetahui mengenai kejadian yang berlaku. Pada masa itu, beliau tidak tahu apa yang perlu dilakukan terhadap penyerang Belanda itu.

Ronaldo sentiasa beremosi apabila bercakap mengenai ayahnya.

Sebelum ini beliau turut menangis selepas menonton sebuah video yang tidak pernah beliau saksikan sebelum ini mengenai satu temubual oleh media bersama ayahnya.

Video tersebut memaparkan bagaimana ayah Ronaldo melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian anaknya itu.

“Saya tidak pernah menonton klip video ini,” kata Ronaldo.

“Saya berpendapat ia mungkin melucukan, tetapi tidak sangka saya akan menangis. Saya tidak pernah melihat klip ini. Malah saya tidak tahu anda…saya harus menunjukkan klip ini kepada keluarga yang lain.

“Saya tidak mengenali ayah saya 100%.

“Beliau adalah seorang pemabuk. Saya tidak pernah berbicara dengan beliau seperti perbualan normal. Ia sukar sekali.”

“But I really don’t know my father 100 per cent.

 

Kongsi artikel ini