Manchester United dan Liverpool adalah dua seteru utama di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Muncul lah pasukan mana pun yang cuba mendominasi bola sepak Inggeris, perlawanan diantara kedua-dua pasukan tetap menjadi tumpuan setiap musim.
Untuk dua musim kebelakangan ini misalnya, Manchester City dilihat sebagai pasukan yang lebih gah sebagai pencabar Liverpool yang berada di prestasi terbaik sejak 30 tahun yang lalu.
Namun bagi rata-rata peminat bola sepak Inggeris, perseteruan City dan Liverpool tidak lebih dari sekadar perseteruan diantara dua pengurus hebat, iaitu Pep Guardiola dan Juegen Klopp.
Perseteruan Titanic
Perkara ini berbeza sekali dengan perseteruan diantara Liverpool dan United. Pertemuan kedua-dua pasukan sering kali lebih daripada sekadar kebijaksanaan taktikal pengurus.
Artikel dari Semuanya BOLA sebelum ini pernah melabel perlawanan Liverpool vs Manchester United sebagai ‘Pertembugan Titanic Bola Sepak Inggeris’.
Ini kerana kedua-dua pihak saling menganggap perlawanan ini ada ciri-ciri derbi yang kuat. Jadi ia adalah derbi antara bandar (inter-city derby).
Sir Alex Ferguson enggan menggunakan istilah ‘rivalry’ sahaja kerana bagi beliau inilah derbi utama mereka.
Walaupun Manchester City adalah kelab setempat bagi United, ia tidak sehebat derbi ini.
Perlawanan Liverpool vs Manchester United setanding dengan derbi lain di dunia seperti El-Clasico di Sepanyol, Superclasico di Amerika Selatan mahupun derby Dolla Madonnina, Italy.
Inilah sebab utama mengapa Liverpool vs Manchester United sering kali dianggap sebagai perlawanan terpanas di bola sepak Inggeris melebih perlawanan-perlawanan yang lain.
Dari padang ke pasaran pemain
Perseteruan kedua-dua pasukan bukan sahaja ketika perlawanan di atas padang. Ia turut melibatkan aktiviti di jendela perpindahan.
Roberto Firmino misalnya pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford. Malah akhbar Independent mendakwa yuran perpindahan sudah dipersetujui oleh United bersama Hoffenheim.
Bagaimanapun penyerang Brazil itu akhirnya diyakinkan untuk menyertai kelab yang berpengkalan di Merseyside itu.
Manchester United will try to sign Monaco midfielder Fabinho after signing Nemanja Matic from Chelsea. #mufc [independent] pic.twitter.com/Z7Z9YBJC6B
— United Xtra (@utdxtra) June 27, 2017
Begitu juga dengan Fabinho. Beberapa musim yang lalu, Fabinho adalah pemain yang dikatakan mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Michael Carrick di posisi tengah.
Namun melalui satu pendedahan, Fabinho berkata United tidak pernah menghubungi ejen beliau untuk ke Old Trafford walaupun mengakui pencari bakat Red Devils pernah menyaksikan aksi beliau bersama Monaco.
Dalam kebanyakkan kes pemain yang dikaitkan bersama Liverpool dan Manchester United, kebiasaannya Liverpool akan menang? Bagaimana ini terjadi?
Tugas pencari bakat
Sebelum kita pergi lebih jauh, kita fahami dulu beza pemain bintang dan pemain yang memiliki potensi. Pemain bintang tidak perlu peranan pencari bakat (scouting) kerana semua sudah maklum akan keupayaan pemain tersebut.
United tidak memerlukan khidmat scouting untuk mendapatkan khidmat Zlatan Ibrahimovic sebagai contoh. Tetapi untuk pemain yang memiliki potensi, kelab memerlukan pencari bakat dan analisis untuk dilakukan.
Daniel James created 4 chances vs. Man City, no player on the pitch created more.
Another quality display vs. a ‘big six’ side. 👏👏👏 pic.twitter.com/7UCGpUIOsq
— Statman Dave (@StatmanDave) December 7, 2019
Daniel James misalnya, adalah salah seorang contoh pemain yang dipantau oleh pencari bakat di United selain daripada sokongan yang dimiliki melalui Ryan Giggs.
Begitu juga pemain-pemain di Liverpool. Ada sebab kelab Merseyside itu sangat yakin dengan Virgil van Dijk atau Alisson Becker – walaupun kedua-dua pemain berada di kategori ‘mahal’ untuk kelab seperti Liverpool.
Jadi apa masalah di United sehingga seting kali tewas di pasaran pemain untuk pemain terbaik? Adakah unit scouting United tidak buat kerja? Atau disebabkan perkara lain?
Michael Edward vs Edward Woodward untuk Minamino
Pemain terbaru yang dikaitkan dengan Liverpool untuk jendela perpindahan Januari hadapan adalah pemain tengah RB Salzburg, Takumi Minamino.
Jika perpindahan tersebut menjadi kenyataan (sebenarnya hampir pasti), maka United sekali lagi tewas di jendela perpindahan kepada Liverpool.
Exclusive: How Red Bull Salzburg’s extensive scouting of Takumi Minamino reveal he is the perfect player for Jürgen Klopp’s Liverpool… #LFC https://t.co/mSqLE4oiL6
— Melissa Reddy (@MelissaReddy_) December 12, 2019
Manchester United adalah salah sebuah kelan yang memantau perkembangan pemain antarabangsa Jepun ini secara dekat. Ideanya ialah sebagai alternatif kepada James Maddison.
Ini bermakna unit scouting United buat kerja. Minamino mempunyai segala ciri-ciri seorang pemain yang diperlukan United.
Baru berusia 24 tahun, boleh beraksi di mana-mana posisi menyerang sebagai pemain sayap kiri dan kanan, No.10, atau penyerang kedua.
Lingard 364 Lingard
days of the year vs. today vs City pic.twitter.com/RNAjlCcgKP— Max (@L3wishamBallack) December 7, 2019
Posisi tersebut sering kali diisi oleh Andrea Pereira atau pun Jesse Lingard. Posisi inilah yang sering kali menampilkan masalah ketika United berhadapan dengan pasukan yang bertahan di garis rendah secara kompak.
Tatkala Maddison bersama Leicester kini merupakan pencabar kejuaraan EPL bersama Liverpool, sukar untuk melihat Brendan Rodgers membenarkan pemain ini pergi pada Januari.
Pemain itu sendiri juga berkemungkinan tidak ingin meninggalkan The Foxes kerana projek yang Rodgers bina.
Maka Minamino boleh dianggap sebagai pembelian berbaloi untuk United. Tetapi walaupun selepas dicalonkan oleh unit scouting, mengapakah Ed Woodward berdiam diri dan tidak memuktamadkan sebarang perjanjian?
Pendedahan Independent
Pendedahan oleh Independent ini paling masuk akal. Ini kerana Liverpool memiliki hubungan baik dengan RB Salzburg.
Ini menyebabkan Pengarah Sukan Liverpool, Michael Edwards mengetahui klausa pelepasan Minamino yang hanya bernilai £7.25 juta. Manakala Woodward dan United tidak menyedarinya.
When Liverpool signed Naby Keita, Michael Edwards built a relationship with the wider Red Bull organisation, including Salzburg’s director of football, Christoph Freund.
The relationship led to Liverpool learning that Minamino had a £7.25m release clause.https://t.co/Zs4ds5c9NQ
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) December 13, 2019
Edwards juga sangat teliti orangnya dalam membawa pemain baharu ke Anfield. Analisis secara intensif telah dilakukan secara mendalam sejak beberapa tahun yang lalu telah dilakukan untuk Minamino
Sebelum ini Edwards bekerja rapat bersama Salzburg untuk mendapatkan inspirasi pembinaan pusat latihan Liverpool di Melwood bernilai £50 juta. Beliau juga mengenali Pengarah Sukan Salzburg, Christoph Freund hasil kerjasama tersebut.
Why Man Utd chief Ed Woodward will struggle to sign ‘best of the best’ players in January https://t.co/0rqVvDjqJ5 pic.twitter.com/y5rq7Ay9Ve
— Manchester United News (@mufcnews2019) December 5, 2019
Dari segi keperluan komersil, United dan Woodward sememangnya jauh melebihi Liverpool. Namun jika ianya mengenai bola sepak, cara Edwards dan Liverpool membina hubungan baik dengan kelab-kelab lain adalah satu kelebihan.
Rumusan
Antara kemungkinan Woodward tidak meneruskan usaha mendapatkan Minamino adalah kerana beliau mungkin berpendapat pemain itu bernilai sekitar £25 juta – £35 juta. Ia mungkin pelaburan berisiko buat United kerana sering kali gagal dalam pelaburan pemain sebelum ini.
Tetapi pada nilai £7.25 juta, ia adalah nilai yang lebih dari berbaloi untuk pemain seperti Minamino. Dari segi risiko kerugian, ia boleh dianggap rendah jika nilai pasaran pemain pada hari ini diukur.
Michael Edwards dan Edward Woodward. Liverpool dan Manchester United. Yang seorang memberikan penekanan kepada bola sepak lebih dari segalanya. Seorang lagi kita semua tahu adalah pakar bisnis.
Atau mungkinkah Woodward berpendapat Jesse Lingard masih lagi seorang pemain berkelas dunia? Apa pula pandangan penyokong Manchester United?