Pada Jumaat, Presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu mengumumkan segala aktiviti melibatkan skuad utama dan kakitangan kejurulatihan Barcelona dihentikan seketika kerana penularan wabak coronavirus.
Ia bukanlah mengejutkan tatkala La Liga sudah mengambil pendekatan untuk tidak meneruskan saingan domestik di negara tersebut buat masa ini.
Ia adalah sebahagian usaha untuk melindungi semua pihak dari penularan wabak tersebut.
A proper #dab (covering your mouth and nose with the bend of your elbow) when you cough and sneeze is a good practice to protect yourself and others from #COVID19.
Thank you for your support, @paulpogba. #coronavirus pic.twitter.com/dEYxvX540M
— World Health Organization (WHO) (@WHO) March 13, 2020
Namun lain kisahnya yang berlaku lebih kurang 100 tahun yang lalu.
Presiden Barcelona ketika itu Joan Gamper, melawan arus apabila ingkar arahan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) untuk menggantung semua perlawanan kerana ancaman wabak – seperti pada hari in.
Pada zaman itu saingan domestik seperti La Liga belum lagi wujud. Barcelona sebagai sebuah kelab terbesar di Wilayah Catalonia menganjurkan Kejohanan Catalan XV.
Ia adalah pada Oktober 1918 pada ketika itu, sejenis wabak ‘Spanish Flu’ telah menular menyerang penduduk dunia.
Tidak dipastikan kenapa nama ‘Sepanyol’ dikaitkan dengan nama wabak. Asal usul wabak ii juga kurang jelas dengan laporan kes terawal adalah dari China, Perancis dan Amerika Syarikat.
Tidak kurang 50 juta penduduk dunia dan angka tersebut mungkin mencapai 100 juta (tiada rekod jelas ketika itu) telah maut, menjadikan ia sebagai antara wabak pembunuh paling bahaya pernah berlaku sehingga ke hari ini.
I have a history degree. The closest I can think of is 1918. We’ve had flu epidemics since then (one in the late 60s killed a million globally) but I don’t believe they affected folks the same as 1918 and 2020. This article about Spanish Flu is a must-read https://t.co/EG2H5EsOLd
— Skylar Baker-Jordan (@SkylarJordan) March 13, 2020
Sama seperti pada hari ini, pelbagai acara, perhimpunan, dan kejohanan sukan telah dibatalkan di seluruh dunia pada ketika itu.
Keadaan sangat teruk pada ketika itu. Laporan pada 17 Oktober 1918 melaporkan 36 kematian di Barcelona akibat influenza dan 10 pneumonia serta bronchopneumonia – penyakit yang berkait ‘Spanish Flu’.
Jumlah tersebut meningkat mendadak kepada 207 pada esoknya, dan 289 lagi kematian direkodkan pada hari ketiga.
Seraya dengan keadaan tersebut, kerajaan Sepanyol selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan supaya perlawanan bola sepak dihentikan.
Aktiviti dan industri lain melibatkan perfileman yang sedang berkembang maju pada ketika itu mengakibatkan panggung wayang dan venue-venue lain acara turut ditutup.
The day the NHL called off the NHL Stanley Cup championship in 1919 due to the Spanish Flu.
Five Canadiens players were sick. Montreal tried to forfeit, but Seattle refused to accept. League cancelled the championship.
Habs D-man Joe Hall died 4 days later, buried in Vancouver pic.twitter.com/gV77lfwjzc
— Mike Armstrong (@ArmstrongGN) March 12, 2020
RFEF akur kepada arahan kerajaan dan arahan sama turut dikeluarkan kepada semua kelab bola sepak pada ketika itu.
Anehnya, kelab-kelab bola sepak yang terlibat dengan Kejohanan Catalan pada ketika itu berpendapat arahan tersebut tidak adil kepada bola sepak.
A hundred years ago the Spanish flu 😷🌍🌎🌏
RT Romain Pigeaud pic.twitter.com/gq3f40bilk— Scott Hefti 📓 (@Havenlust) March 14, 2020
Bagi mereka, bola sepak adalah sukan yang diadakan di tempat terbuka dan selamat, berbeza dengan acara yang diadakan di tempat tertutup dan memudahkan penularan wabak.
Kerana tidak puas hati, sebuah Joan Gamper menubuhkan sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh dirinya sendiri untuk mencabar keputusan tersebut.
Major flu pandemics: Global deaths.
'Spanish flu' 1918-1920 (approx 50 million deaths)
'Asian flu' 1957-58 (2 million)
'Hong Kong flu' 1968 (1 million)
'Bird flu' 1997 (352)
'Swine flu' 2009 (18,000)
Cornavirus 2020 (4,990 so far) pic.twitter.com/oGM8XiIlUD— Nadeem Farooq Paracha (@NadeemfParacha) March 13, 2020
Antara hujah yang ditampilkan adlah mengapa sukan lain seperti olahraga dan tenis tidak terkesan seperti bola sepak.
Akhirnya Kementerian Kesihatan Sepanyol terpaksa akur dengan desakan oleh Joan Gamper, dan membenarkan kejohanan tersebut untuk diteruskan.