Chile adalah salah sebuah negara di Amerika Selatan yang pernah melahirkan pemain bola sepak hebat dunia.
Daripada era Sergio Livingstone sehingga kepada Leonel Sanchez, antara nama-nama lain yang pernah dilahirkan oleh Chile ialah seperti Alexis Sanchez, Arturo Vidal, Marcelo Salas, dan penyerang yang dianggap unik, Ivan Zamorano
Ada sebab mengapa nama Zamorano dianggap unik. Keunikan tersebut bukan sahaja kerana kelainan yang beliau bawakan kepada pasukan, tetapi juga dari segi perjalanan karier yang dianggap kental.
Zamorano memenangi kebanyakan trofi sepanjang kariernya bersama Real Madrid, namun disanjung sebagai legenda di San Siro bersama Inter Milan.
Tetapi trofi kejuaraan yang dimenangi dan jumlah jaringan yang terpahat hanya sebahagian dari kisah beliau.
Permulaan karier Zamarano
Karier profesional Zamorano bermula bersama sebuah kelab kecil di El Salvador, dikenali sebagai Cobresal.
Ia adalah sebuah kelab yang tidak pernah memenangi apa-apa kejuaraan sebelum ketibaab Zamarano.
Perkara itu mulai berubah setelah Zamorano pertama kali membantu Cobresal muncul juara Piala Chile di musim pertama beliau di kelab tersebut pada 1987.
When two become one: how Iván Zamorano and Marcelo Salas became one of the great modern strike duos. https://t.co/A4v2zayb6K #realmadrid #lazio #laroja #chile pic.twitter.com/eowaprcJ0K
— These Football Times (@thesefootytimes) May 10, 2018
Secara keseluruhan, Zamorano telah menjaringkan 13 gol dari 14 penampilan untuk pasukannya di pertandingan tersebut. Kejuaraan tersebut kekal sebagai satu-satunya kejuaraan yang pernah dimenangi oleh Cobresal sehingga ke hari ini.
Pada tahun yang sama, Zamorano turut tampil bersama pasukan kebangsaan Chile, tetapi hanya mampu menjaringkan 2 gol dari 12 penampilan antarabangsa pertamanya bersama La Roja.
Sehingga ke akhir karier antarabangsanya, Zamorano telah tampil di dalam 69 perlawanan dan menjaringkan 34 jgol untuk negaranya. Hanya Marcelo Salas dengan 37 gol, dan Alexis Sanchez kini 41 gol, menghasilkan lebih banyak jaringan dari Zamorano setakat ini.
Permulaan perlahan di Eropah
Ivan Zamorano pertama kalu beraksi di Eropah pada 1988. Ia bukan permulaan mudah untuk Zamorani membuktikan dirinya.
Kelab pertama beliau di seberang Atlantik adalah Bologna di Serie A Itali. Tetapi Zamorano kemudiannya terus dipinjamkan sebelum dijual kepada kelab Switzerland, St.Gallen pada tahun yang sama.
Ini menyebankan beliau tidak melakukan sebarang penampilan di Serie A bersama Bologna, jauh sekali berpeluang untuk membuktikan keupayaan dirinya.
Iván Zamorano en el FC St Gallen🇨🇭 pic.twitter.com/P0AONndsVE
— Heriberto Llanos (@HeribertoLlanos) March 31, 2020
Dua tahun di Switzerland dan setelah mencetak 34 gol sepanjang tempoh itu, Zamorano kemudiannya berhijrah untuk menyertai Sevilla di Sepanyol.
Prestasi beliau bersama kelab dan negara pada ketika itu pantas mencuri perhatian Real Madrid. Dan setelah menjaringkan 21 gol dari 59 penampilan, Zamorano akhirnya dipinang oleh Real Madrid pada 1992.
Gemilang di Bernabeu
Presiden Real Madrid pada ketika itu, Ramon Mendoza menyifatkan Zamorano sebagai ‘No.9’ yang mereka cari-cari selama ini.
Sebelum ke Bernabeu, gandingan Zamorano bersama penyerang Croatia, Davor Suker di Sevilla dianggap sebagai antara pasangan penyerang yang berbahaya di La Liga.
Zamorano mengecapi detik terbaik dalam karier beliau ketika bersama Real Madrid. Antara kejayaan yang dikecapi bersama Los Blancos adalah membantu kelab tersebut menjuarai La Liga buat pertama kali dalam tempoh lima tahun pada musim 1994/95.
A REMINDER:
Real Madrid were La Liga winners in 1994/95 to end Barcelona's domination (4 titles in row). Ivan Zamorano scored 28 goals. pic.twitter.com/WQEtkIWyYJ
— Football Remind (@FootballRemind) June 17, 2017
Beliau turut menjaringkan 28 gol pada musim tersebut untuk muncul penjaring terbanyak di La Liga Sepanyol.
Dipasangkan bersama Michael Laudrup di Real, Zamorano menjaringkan 101 gol dari 173 penampulan untuk Los Blancos- sebelum menyertai Inter Milan pada 1996.
Antara perlawanan paling dikenang bersama Real Madrid, semestinya jaringan hatrik ketika El Klasiko – membelasah Barcelona 5-0 di perlawanan La Liga.
Gandingan sempurna bersama Ronaldo
Zamorano juga dianggap sebagai gandingan atau pelengkap sempurna kepada Ronaldo- penyerang prolifik dari Brazil yang tiba dari Barcelona pada 1997.
Keberadaan Zamorano di atas padang memudahkan Ronaldo menyesuaikan diri dengan bola sepak di Itali yang lebih bersifat teknikal pada era itu.
Tugas utama Zamorano ialah untuk mengalihkan perhatian pemain pertahanan lawan bagi memudahkan Ronaldo memburu jaringan yang Inter mahukan.
El Inter de Iván Zamorano y Ronaldo.
VAYA DUPLA 🔥⚽️ pic.twitter.com/jeE355FBFT
— Fútbol (@Futbool_Fotos) March 27, 2020
Pada musim pertama, Ronaldo menghasilkan 34 gol dalam semua pertandingan untuk Inter. Kebanyakkan daripada jaringan tersebut hadir ketika Zamorano beraksi di sisi beliau.
Berdasarkan gandingan beliau bersama Ronaldo, kita boleh mengandaikan Zamorano merupakan penyerang No.9 jadian.
Selain daripada Roberto Baggio dan juga Ronaldo, Inter Milan turut dibarisi pemain seperti Adrian Mutu, Alvaro Recoba dan Christian Vieri ketika itu.
Zamorano kekal sebagai pilihan kebanyakan jurulatih yang mengendalikan Inter sehinggalah beliau memilih untuk menyertai Club America di Mexico pada usia 34 tahun.
Ivan El Terrible I Nerazzurri
Nama panggilan seperti Bam Bam, atau pun Ivan El Terrible yang sinonim dengan beliau sedikit sebanyak menjelaskan karakter pemain ini yang amat dihargai oleh penyokong setia I Nerrazzurri.
Dalam satu majlis, keseluruhan San Siro gempita ketika mengucapkan selamat tinggal kepada pemain yang telah menyumbang bakti kepada mereka selama lima musim itu.
Ada sebab mengapa penyokong Inter Milan sangat menghargai Zamorano, walaupun rekod yang beliau hasilkan – 41 gol dari 149 perlawanan- bukan pencapaian menggambarkan seorang legenda dan penyerang prolifik.
📸 Iván Zamorano 🇨🇱 #Inter pic.twitter.com/TZGW6LmcWu
— Calcio Chile (@CalcioChile) March 27, 2020
Naratifnya mudah. Ini kerana perjalanan Zamorano bersama Inter Milan ibarat satu kisah cinta sejati.
Bintang Chile itu dilihat sebagai seorang Interista yang mengabdikan dirinya kepada kelab tersebut sehingga bekas jurulatih selama semusim Gigi Simoni pernah berkata Zamorona ibarat jiwa kepada pasukan yang diwakilinya.
“Saya masih ingat bagaimana Zamorano membangkitkan semangat pemain sebelum menuju ke padang. Setiap perlawanan ibarat sebuah peperangan. Namun ia bukan sekadar mengenai keazaman. Beliau juga adalah pemain yang bagus,” ujar Simoni.
Zamorano hanya tampil di dalam 20 perlawanan dan menghasilkan empat gol pada musim 1997/98 di bawah kendalian Simoni disebabkan kecederaan. Namun peranan beliau bukan sekadar sebagai seorang penjaring gol ketika diturunkan beraksi di atas padang.
Penutup
Kisah bagaimana Zamorano yang tidak kisah menyerahkan jersi No.9 kepada Roberto Baggio pasti menjadi salah satu ingatan ramai peminat bola sepak di Itali.
Tidak ramai pemain dengan sewenang-wenangnya akan menyerahkan jersni dengan nombor yang sinonim dengan diri mereka begitu sahaja.
Tetapi bagi Zamorano ia bukan masalah besar. Uniknya beliau mempunyai solusi kepada masalah tersebut dengan memilih jersi No.18.
Menjadikan ia unik adalah adanya tanda ‘+’ di antara angka 1 dan 8. 1+8 yang membawa maksud bersamaan dengan 9. Masalah selesai.