Kisah Bagaimana Kecederaan Panjang Ubah Fizikal Erling Haaland

Bekas rakan sepasukan di Molde mendedahkan bagaimana fizikal Erling Haaland mengalami perubahan ketara selepas terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

Ruben Gabrielsen berkata penyerang itu kembali ke Molde selepas agak lama tidak berlatih menjadi pemain yang amat berlainan secara fizikal.

Haaland menjadi lebih kuat dan lasak serta fizikal yang lebih besar.

Gabrielsen masih mengingatai bagaimana fizikal kecil Haaland sebelum itu, dan bagaimana perubahan tersebut mengubah kemampuan pemain itu ketika latihan dan dalam perlawanan.

“Pertama kali tiba di kelab, beliau [Haaland] adalah pemain yang berbadan kecil…secara jujurnya beliau bukannya bagus sangat,” ujar pemain pertahanan itu.

“Pada ketika itu saya berpendapat…’ya, di Norway bolehlah dia bermain.’

“Kemudian dia terpaksa disisihkan agak lama kerama kecederaan. Kami pun agak lama tidak berjumpa dengan dia.

“Dan apabila dia kembali, saiz badannya amat besar. Beliau ibarat ‘binatang’ yang berlainan!

“Di dalam latihan beliau mulai menunjukkan belangnya menewaskan semua orang… kami hanya mampu ketawa dan saya cuma berfikir, ‘Siapa sebenarnya dia ini?’ Dan sejak daripada itu peningkatan beliau amat ketara dan pantas.

Gabrielsen juga mendedahkan Haaland akan kekal prolifik ketika perlawanan walaupun selepas melalui sesi latihan yang kurang baik selama seminggu.

“Bersama Halaand, apabila kami bersama-sama bermain di Norway, beliau pernah gagal menjaringkan gol sepanjang minggu ketika latihan sebelum perlawanan.

“Kami semua ketawakan dia!

“Dan tiba-tiba beliau berada di dalam kesebelasan utama dan saya berfikir, ‘Tak boleh jadi… bagaimana kami mahu bermain dengan pemain ini!?’

“Dan selepas 50 minit beliau menjaringkan empat gol. Dan selepas itu segala-galanya hanya peningkatan buat Haaland.

“Tetapi saya berpendapat beliau belajar sesuatu ketika keadaan sukar, iaitu untuk bekerja lebih keras. Dan sebagai pemain muda, mereka harus ada keinginan sebegitu.”

Haaland kemudiannya berhijrah ke RB Salzburg daripada Molde sebelum melengkapkan perpindahan ke Borussia Dortmund pada Januari lepas, di mana beliau boleh meneruskan peningkatan prestasi.

Sehingga kini, Haaland telah menjaringkan 12 gol dari 11 perlawanan dalam semua pertandingan sejak perpindahan pada Januari.

Kongsi artikel ini