King’s Cup: Harimau Malaya Tewaskan Thailand Dengan ‘Perfect Penalty’ Untuk Ke Final

10 minit pertama perlawanan bermula dengan agak seimbang walaupun Thailand lebih kerap menguasai bola dan pasukan negara sekali sekala cuba melakukan ancaman melalui prssing yang dilakukan oleh Darren Lok.

Namun demikian secara perlahan-lahan, skuad negara kendalian Kim Pan-gon mulai mendapat rentak untuk menyusun gerakan-gerakan kemas, khususnya daripada bahagian sayap kiri menggunakan Faisal Halim dan Corbin Ong.

Malaysia memperolehi peluang pertama untuk menghadirkan ancaman pada minit ke-12 perlawanan melalui sepakan sudut pertama perlawanan, namun gagal dimanfaatkan.

Thailand kemudiannya menerima tamparan apabila pemain perancang utama pasukan, Chanatip Songkrasin terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada minit le-14.

Selepas itu rembatan kaki kiri Arif Aiman menjadi petanda Malaysia tidak gentar untuk memburu jaringan walaupun beraksi di dalam stadium yang berkapasiti penuh oleh penyokong lawan.

Pasukan negara akhirnya berada di hadapan pada minit ke-32 selepas hantaran Safawi Rasid berjaya ditampan dengan tenang oleh Corbin Ong di bahagian far post untuk mendahului perlawanan 1-0.

Thailand kemudiannya cuba bangkit dengan beberapa gerakan selepas itu, tetapi bahagian tengah dan pertahanan negara jelas sudah mempunyai perancangan untuk mematikan setiap gerakan. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.

Seperti dijangka bermula babak kedua perlawanan, Thailand menggandakan asakan ke kubu pertahanan Malaysia dalam usaha untuk mencari gol penyamaan.

Namun demikian bahagian pertahanan pasukan negara masmpu bertahan dengan baik. Minit ke-60, giliran Malaysia pula melakukan ancaman melalui tandukan terbang Darren Lok yang berjaya ditampan penjaga gol lawan.

Thailand kemudiannya terlepas peluang keemasan apabila percubaan Suphanat Muenta di dalam situasi satu lawan satu berjaya ditampan penjaga gol negara, Syihan Hazmi.

Minit ke-70, Suphanat sekali lagi dikecewakan oleh ketenangan dan ketangkasan Syihan Hazmi dalam satu lagi situasi satu lawan satu.

Percubaan Syafiq Ahmad hasil hantaran lintang Mohamadou Sumareh pada minit ke-81 kemudiannya berjaya ditampan keluar oleh pemain pertahanan Thailand.

Asakan bertali arus Thailand selepas itu berjaya ditampan oleh Syihan atau dihalang oleh barisan pemain pertahanan negara.

Azam Azih menerima layangan kad kuning kedua dan arahan keluar padang pada masa kecederaan, bermakna Malaysia menamatkan perlawanan dengan 10 pemain.

Berbaki 30 saat, Thailand menyamakan kedudukan melalui gerakan set pieces untuk menjadikan kedudukan 1-1, hasil tandukan Pansa Hemviboon.

Tiada masa tambahan diberikan, dan perlawanan pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Dion Cools, Syafiq Ahmad, Matthew Davies, Declan Lambert, dan Corbin Ong, semuanya berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing untuk pasukan negara.

Kegagalan Supachat menyempurnakan sepakannya bermakna Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 5-3 melalui penentuan sepakan penalti.

Hasil kemenangan ini bermakna pasukan negara akan berhadapan Tajikistan yang mengejutkan Trinidad & Tobago 2-1 sebelum itu di perlawanan akhir.

Kesebelasan utama

Thailand: Kampol Pathomakkakul (Penjaga gol), Theerathon Bunmathan, Pansa Hemviboon, Kritsada Kaman, Supachok Sarachat, Thitipan Puangchan, Supachai Jaided, Bordin Phala, Weerathep Pomphan, Narubadin Weerawatnodom, Chanathip Songkrasin (Kapten)

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi Bin Mohamed (Penjaga gol), Matthew Thomas Davies, Mohamad Faisal Bin Abdul Halim, Darren Yee Deng Lok, Muhammad Safawi Bin Rasid, Arif Aiman Bin Mohd Hanapi, Ahmad Khuzaimi Bin Piee, Muhammad Nor Azam Bin Abdul Azih, Brendan Seng Ling Gan, Dion Johan Chai Cools (Kapten), Corbin Ong La Vere Lawrence

Kongsi artikel ini