Bagi peminat sukan NBA, Dennis Rodman bukanlah watak yang asing lagi. Malah pemain yang dikenali kerana keunikan karakternya di gelanggang dianggap sebagai salah seorang legenda sukan bola keranjang.
Penampilan Rodman amat mudah dikenali, terutama melalui gaya rambutnya yang sering dihiasi dengan pelbagai jenis warna.
Kisah kesihatan ‘supreme leader’ Korea Utara itu menjadi bahan bualan baru-baru ini selepas dikatakan mengalami masalah jantung.
Dan secara tiba-tiba perhatian media di Amerika Syarikat beralih kepada Dennis Rodman untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya.
Siapakah Rodmann kepada Kim? Apakah hubungan kedua-duanya? Apakah kaitan Rodmann dengan Donald Trump?
Dari seorang penyokong kepada sahabat sejati
Kim Jong-Un yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari ayahnya yang meninggal dunia pada 2011 adalah seorang peminat tegar sukan bola keranjang.
Beliau juga adalah penyokong pasukan Chicago Bulls dan merupakan peminat kepada Rodman. Era tersebut adalah era kegemilangan The Bulls yang turut mempunyai pemain legenda seperti Michael Jordan.
Michael Jordan had to fly from Chicago to Las Vegas to drag Dennis Rodman out of bed and haul him to training, Netflix series on Bulls' 1990s glory days reveals.Despite his antics, Rodman didn't lose any of his sharpness on the court. The Bulls went on to be crowned NBA champions pic.twitter.com/JFD66XFx1v
— Lilian Chan (@bestgug) April 27, 2020
Kim menjemput Rodman ke Pyongyang untuk perjumpaan kali pertama kedua-duanya pada Mac 2013.
Rodman yang juga juara NBA lima kali, bersama tiga pemain Harlem Globetrotters dan beberapa wartawan dari Vice menerima jemputan tersebut.
Lagu selamat hari jadi
Hubungan kedua-duanya kemudian terus mekar dan bintang bola keranjang itu kemudiannya pergi melawat ‘supreme leader’ Korea Utara itu beberapa kali.
Rodman sering kali ditemani oleh beberapa pemain bola keranjang yang lain setiap kali kunjungannya bersama Kim.
Last year Dennis Rodman sang Kim Jong Un “Happy Birthday” — What’s Kim got planned this year? http://t.co/o5a0KDfv4W pic.twitter.com/mfXPk2D7XP
— CNN International (@cnni) January 8, 2015
Kunjungan pada Januari 2014 mengundang kontroversi apabila Rodman menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ di dalam gelanggang bola keranjang.
Ia disusuli dengan tindakan Rodman yang tunduk memberi hormat [seolah-olah tunduk] kepada pemimpin Korea Utara itu yang mengundang perbalahan ramai di Amerika Syarikat.
Rodman pertahankan Kim
Ia adalah satu kebiasaan seorang sahabat sejati akan mempertahankan rakannya.
Namun Rodman hanya membuatkan dirinya terperangkap dalam kekeruhan diplomatik apabila mempertahankan tindakan Kim menahan dan menghumban pendakwah Kristian, Kenneth Bae ke dalam penjara.
Dalam satu temubual pada Januari 2014, Rodman berkata: “Kenneth telah melakukan satu perkara…hanya jika anda faham apa yang Kenneth lakukan. Tahukah anda apa yang beliau telah lakukan di negara ini?
Dennis Rodman once told Kim Jong Un that his family did "a lot of f-cked up sh-t" https://t.co/02lSb3UvnB pic.twitter.com/XUjtPm35b8
— The Hill (@thehill) June 18, 2018
“Tidak, tidak, tidak, beritahulah saya..sekarang beritahu saya. Kenapa dia ditangkap dan ditahan di negara ini, kenapa?… Saya memang suka bercakap mengenai hal ini,” kata Rodman kepada CNN selepas ditanya sama ada beliau akan membantu untuk Kenneth dilepaskan.
Komen oleh Rodman dikritik oleh keluarga Bae, pegawai-pegawai pemerintahan Amerika Syarikat, dan juga pejuang hak asasi manusia.
Rodman kemudiannya memohon maaf untuk komen tersebut sebelum mengutus sebuah surat ke Korea pada November 2014.
Kenneth Bae’s Sister “Shocked And Outraged” By Dennis Rodman’s Comments http://t.co/kXFZq1pMTB pic.twitter.com/1KoX6A4A6Y
— BuzzFeed (@BuzzFeed) January 8, 2014
“Ke hadapan sahabat seumur hidup, Pemimpin Kim Jong Un,” rayu Rodman untuk Bae dalam surat tersebut.
Rodman berkata beliau tidak pernah menerima surat balas dari Kim. Tetapi Bae dibebaskan pada penghujung minggu tersebut selepas dua tahun meringkuk di penjara.
Dalam satu temubual eksklusif empat tahun lalu, Kenneth Bae berterima kasih kepada Rodman. Beliau berkata rungutan Rodman sebelum itu adalah permulaan kepada pembebasan beliau kerana ia mendapat liputan dunia pada ketika itu.
Hadiah Rodman buat Kim
Pada 2017, Rodman menyerahkan sebuah buku Donald Trump yang ditulis pada 1987 bertajuk “The Art of the Deal” kepada Menteri Sukan Korea Utara untuk diserahkan kepada Kim.
Trump adalah boss Rodman dalam rancangan “The Celebrity Apprentice”, dan buku itu adalah mengenai bagaimana Trump melakukan rundingan dalam bisnes yang dilakukannya.
Dennis Rodman says Kim Jong Un had 'change of heart' after reading Trump's book, which Rodman gave him as a birthday gift https://t.co/Cx4ZClB5TT pic.twitter.com/cyvdWZIN7C
— Yahoo News (@YahooNews) May 1, 2018
“Saya berpendapat beliau [Kim] tidak tahu siapa Donald Trump pada ketika itu sehinggalah beliau membaca buku tersebut untuk memahami beliau,” kata Rodman dalam satu temubual bersama TMZ.
Hari ini Kim sudah pasti amat mengenali siapa itu Donald Trump.
Rodman sokong Trump untuk Presiden
Rodman jelas sekali adalah penyokong Trump ketika kempen pilihanraya Presiden pada Julai 2015.
“@realDonaldTrump adalah sahabat yang baik untuk bertahun lamanya. Kita tidak perlukan ahli politik lain, kita perlukan seorang usahawan seperti Mr. Trump! Trump 2016.”
I remember watching this live. Dennis Rodman talking about Kim Jong Un: pic.twitter.com/dB051PofH7
— ً (@NYYDJ2) April 25, 2020
Ciapan tersebut mendapat balasan daripada Trump.
“Terima kasih @DennisRodman. Kini tiba masanya #MakeAmericaGreatAgain! Semoga sentiasa sihat!!.”
Ketika ditanya adakah Rodman akan menghadiri perjumpaan kedua-dua pemimpin pada 2018, Trump berkata: “Tidak, beliau tidak dijemput. Tetapi beliau adalah seorang yang budiman. Saya sukakan dia.”
Penutup
Amerika Syarikat dan Korea Utara sememangnya kita ketahui adalah musuh politik sejak dari dulu lagi.
12 Jun 2018 adalah pertemuan pertama membabitkan pemimpin dari kedua-dua buah negara.
Siapa tahu. Adakah Dennis Rodman mempunyai peranan – mengambil kira hubungan bekas bintang NBA itu dengan kedua-dua pemimpin dunia tersebut.
Bukan biasa-biasa sahabat Dennis Rodman.