Digelar ‘The Eagle’ Di Oktagon, Khabib Nurmagomedov Petarung UFC Yang Menghormati Agamanya

Khabib Nurmagomedov berjaya mempertahankan kejuaraan UFC Lightweight apabila menewaskan Conor McGregor dalam satu pertarungan pada tahun lalu.

Perseteruan kedua-dua peninju tidak berakhr di situ sahaja. Malah McGregor terus membayangi pertarungan Khabib menentang Tony Ferguson di UFC 249 sebelum ianya dibatalkan.

Sebelum dibatalkan, Khabib turut dikecam oleh Ferguson yang menuduh petarung dari Rusia itu sengaja bersembunyi, dan menggunakan alasan ‘lockdown’ untk melarikan diri.

Siapakah Khabib Nurmagomedov? Mengapakan beliau sering mendapat perhatian daripada lawan, namun merupakan sosok yang disukai peminat?

Apa itu UFC?

Sebelum kita pergi lebih jauh, ayuh kita kenali dulu UFC yang membawa naik nama Khabib Nurmagomedov.

Ultimate Fighting Championship atau lebih dikenali sebagai UFC adalah sebuah syarikat yang menyediakan platform pertarungan.

Ia adalah salah satu pertandingan  yang berkembang dengan pesat sejak 1993 dan berasal dari Amerika Syarikat.

Hari ini UFC mempertandingkan 10 kategori, dan berjaya menarik tontonan peminat sukan berasaskan pertarungan dari seluruh dunia.

Di dalam pertandingan UFC, ia membenarkan kombinasi seni bela diri yang pelbagai, dengan pertarungan secara bersiri diadakan di seluruh dunia.

Siapa Khabib Nurmagomedov?

Khabib Nurmagomedov dilahirkan di sebuah wilayah kecil dikenali sebagai Dagestan di Russia.

Dibesarkan di ibu kota wilayah tersebut iaitu Makhachkala, Khabib dan keluarganya kemudian berhijrah ke Kiev, Ukraine.

View this post on Instagram

Отец – это опора жизни.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Gusti adalah sukan yang popular di Dagestan. Khabib tidak ketinggalan mempelajari ilmu gusti sejak usia remaja.

Guru pertama beliau adalah ayah beliau sendiri yang merupakan seorang veteran perang.

Peninju Islam yang menghormati Ramadhan

Menurut laporan Forbes pada 2017, lawan yang ditewaskan oleh Khabib iaitu Conor McGregor memperolehi bayaran £21 juta melalui satu pertarungan, tidak termasuk keuntungan dari sumber lain dan tajaan.

Jumlah tersebut dipengaruhi oleh populariti dan nilai pasaran seseorang peninju untuk menarik tontonan dan tajaan.

Maka apabila seseorang peninju UFC diberikan slot untuk satu pertarungan, jarang sekali mereka akan menolaknya. Menang atau kalah, ia tetap durian runtuh untuk mereka.

Tetapi sebaliknya yang dilakukan oleh Khabib sebelum ini. Pada Julai 2016, Khabib telah menolak satu pelawaan perlawanan penting di UFC 200 yang dilangsunkan di Las Vegas.

Sebab utama Khabib berbuat demikian ialah kerana beliau tidak mahu menjejaskan tanggungjawab beliau sebagai seorang Muslim untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Jika Khabib menerima tawaran tersebut, bermakna Khabib harus mengorbankan ibadah puasa demi perlawanan dan wang ringgit semata-mata.

Khabib pada asalnya dijadualkan untuk berhadapan dengan Tony Ferguson, yang pada ketika itu memiliki rekod 20-3 di MMA, 10-1 di UFC.

Nama Khabib terpaksa digugurkan selepas itu. Ini kerana peraturan pertandingan turut menetapkan setiap peserta mengikuti diet yang ditetapkan sebagai syarat untuk bertarung.

View this post on Instagram

3 weeks ago, with my Brothers. 🤲 🕋 #Alhamdulillah

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

“Saya tahu badan saya perlukan rehat. Bulan Jun adalah permulaan Ramadan dan saya mahu berehat seketika dan kembali sekitar bulan September atau October.

“Tetapi kalau UFC bijak dan memilih saya untuk bertarung di New York, New York ada lebih sejuta orang yang boleh bercakap bahasa Russia.

“Saya mungkin terkenal di New York dan saya boleh bertarung di New York. Tetapi buat masa sekarang saya mahu berehat sebentar,” kata Khabib ketika itu.

Khabib dan bola sepak

Khabib juga mempunyai kelab bola sepak yang beliau minati dan ikuti. Dalam satu temu ramah di Rusia, Khabib meminati Anzhi Makhachkala di Liga Rusia.

Malah beliau pernah menyampaikan nasihat kepada pemain-pemain pasukan tersebut agar tampil lebih berdisiplin untuk memastikan kejayaan.

View this post on Instagram

«Анжи» несет важнейшую социальную миссию в Дагестане. Своим примером футболисты «Анжи» дают людям надежду на лучшее будущее, клуб участвует в воспитании будущего поколения, пропагандирует здоровый образ жизни. Академия «Анжи» дает шанс сотням детей построить свою карьеру и стать успешными в спорте. Я сам знаю как это важно – иметь живой пример перед глазами. В разное время клуб сотрудничал с благотворительными фондами и выступал меценатом для детских больниц, домов и нуждающихся в помощи семей. С этой командой меня связывает множество воспоминаний. Сейчас у «Анжи» большие финансовые проблемы, но я очень надеюсь, что найдутся люди, которые помогут «Анжи» и клуб будет жить. Я знаю как в Дагестане любят футбол и как важен «Анжи» для людей, живущих в Дагестане. «Анжи» это не просто команда, это мечта для тысяч мальчишек. В этом году в России прошёл Чемпионат Мира и все мы видели, как может объединять людей футбол, и сколько радости он может приносить людям. Мы потеряли достаточно команд, нельзя допустить, чтобы Дагестан потерял свою. «Анжи» должен жить! В Дагестане должен быть футбол! #АнжиЖиви #SaveAnzhi

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Juara lightweight UFC ini juga adalah seorang penyokong Real Madrid, dan merupakan pengikut bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Selepas Real Madrid bergelar juara eropah pada 2017, Khabib pantas memuatnaik kenyataan untuk mengucapkan tahniah kepada skuad Los Blancos.

Khabib turut pernah dijemput untuk ke Santiago Bernabeu pada Februari 2018 dan menerima jersi Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu menjaringkan hatrik dalam perlawanan menentang Real Sociedad.

Penampilan Khabib sebelum pertarungan juga sentiasa mencuri tumpuan kerana dikatakan seiras Marouane Fellaini.

Sebenarnya ianya bukan begitu. Penutup kepala seakan-akan gaya rambut milik Fellaini itu sebenarnya ialah sejenis topi yang dikenali sebagai papakha.

Papakha ialah sebahagian dari aksesori dan kebanggaan budaya etnik Avar. Pemakaiannya adalah popular di bandar kelahiran Khabib iaitu Dagestan, sepertimana kita gemar bersongkok sebagai tanda budaya kita rakyat Malaysia.

Penutup

Selepas lima kali dibatalkan adakah kita akan menyaksikan Khabib akhirnya akan bertarung dengan Tony Ferguson di UFC 249 setelah keadaan kesihatan di seluruh dunia pulih?

UFC dikhabarkan akan memastikan pertarungan tersebut untuk diadakan seawal Mei, atau pun sekitar September tahun ini. Ia akan sentiasa menjadi perlawanan yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh setiap peminat UFC di seluruh dunia.

Digelar sebagai ‘The Eagle’ ketika berada di oktagon. Khabib adalah seorang petarung yang menghormati agamanya.

Kongsi artikel ini