Khabib Nurmagomedov mengesahkan dirinya kini di Rusia menjelang UFC 249 pada 18 April hadapan, dan ia kelihatan seperti beliau akan berada di sana selepas negara itu mengeluarkan perintah berkurung.
The Eagle tampil di laman Instagram rasminya untuk berkongsi perkembangan terkini perlawanan yang dinanti-nantikan menentang Tony Ferguson – dan buat masa ini pertarungan melibatkan kedua-duanya kelihatan tidak mungkin akan berlaku.
Walaupun mendapat kritikan ramai berikutan penularan wabak coronavirus, Presiden UFC Dana White sebelum ini bertegas untuk meneruskan pertarungan tersebut, walaupun ianya tidak akan diadakan di Amerika Syarikat.
Khabib Nurmagomedov just confirmed via Instagram live that he IS IN RUSSIA #UFC249 #COVID #Lockdown pic.twitter.com/Tp2bizIUXr
— Denis Geyko (@DenisGeykoRT) March 30, 2020
Kini berada di Rusia, Khabib berkongsi setiap butiran dan perkembangan yang berlaku sejak beberapa minggu lalu.
“Kami berlatih di AKA tanpa sebarang maklumat mengenai pertarungan tersebut dan bagaimana ia akan diadakan,” kata Khabib.
“Kemudian UFC memberitahu kami ianya 100% tidak akan diadakan di Amerika Syarikat. Kemudian mereka berkata 99% ianya akan diadakan di Emirates, Abu Dhabi.
UFC 249 fight in major doubt as Nurmagomedov suggests UFC seeking new opponent for Tony Ferguson | https://t.co/L42LdqQFVR pic.twitter.com/UUCh0xQ5e7
— TheMacLife (@Maclifeofficial) March 30, 2020
“Selepas berbincang dengan UFC, kami memutuskan untuk terbang ke Emirates sebulan sebelum pertarungan. Saya tidak berapa ingat tarikh, mungkin 19 atau 20hb yang lalu. Saya perlu menyemak kembali.
“Dan apabila kami tiba di Emirates kami diberitahu kerajaan di sana akan menutup semua pintu sempadan, Tidak ada siapa yang akan dibenarkan keluar atau masuk kecuali penduduk tetap.
The location of #UFC249 is “99.9%” confirmed 📍 (via @bokamotoESPN) pic.twitter.com/RbO9rKvFIh
— ESPN MMA (@espnmma) March 24, 2020
“Jadi kami terbang kembali ke Rusia. Sekarang saya berada di Dagestan meneruskan latihan dan melakukan persiapan setiap hari. Walaupun saya tidak tahu untuk apa persiapan saya ini.
“Ini kerana apabila mendarat di Rusia kami dimaklumkan pintu sempadan turut akan ditutup. Sama seperti di Amerika Syarikat, sama seperti apa yang berlaku di Eropah, di Emirates dan di mana sahaja, seluruh dunia kini dikuarantin.”
Khabib kemudian berkongsi apa yang akan berlaku seterusnya termasuk kemungkinan UFC meneruskan UFC 249 tanpa dirinya.
“Jadi sekarang saya ada mendengar mereka tetap mahu meneruskannya tanpa saya. Ok, teruskan,” tambah Khabib lagi.
“Semua orang sepatutnya mengikuti peraturan. Saya tidak akan melawan [peraturan], saya tahu ada peninju yang perlu memberi makan keluarga mereka dan mebayar bil. Saya tahu betapa sukarnya [kehidupan] seorang peninju. Mereka tidak akan mendapat pendapatan sekiranya tiada pertarungan.
Khabib Nurmagomedov says he's under lockdown in Russia, #UFC249 may go ahead 'with or without me' https://t.co/EWkYpf4ych
— MMA Junkie (@MMAjunkie) March 30, 2020
“Saya mendengar mereka mahu mencari pengganti saya untuk menentang Tony, kerana beliau di Amerika Syarikat dan saya di Rusia. Tetapi saya berada di sini bukan atas kehendak saya.
“”UFC memberitahu saya sebelum ini ia tidak akan berlaku di USA, malah jika tidak diadakan di Emirates ia sepatutnya diadakan di seberang Atlantic. Kami sudah berbincang perkara ini dengan UFC, dan sepanjang tempoh selepas itu saya telah melakukan persiapan selama 5 minggu di AKA.
“Sekarang saya benar-benar tidak tahu apa yang sedang berlaku. Ia amat sukar berlatih dan menurunkan berat badan tatkala seluruh dunia kini ‘lockdown’ dan anda pula tidak tahu melakukan persiapan untuk apa.
“Tetapi ini bukan kali pertama saya berhadapan dengan cabaran.”