Kevin De Bruyne berkata pemain-pemain Manchester City terkejut apabila mengetahui barisan kesebelasan utama yan diumumkan Pep Guardiola sejurus sebelum perlawanan menentang Real Madrid pada awal pagi tadi.
Tindakan Guardiola menimbulkan tanda tanya apabila meletakkan Sergio Aguero, Raheem Sterling, Fernandinho, dan David Silva sebagai pemain simpanan.
Pep Guardiola’s Man City with a historic win against Real Madrid in the Bernabeu. A Tactical Analysishttps://t.co/I7nHoo30uH
Guardiola's 4-4-2 used against Zidanes 4-4-2 diamond
Video made in collaboration with @rostadius#RealMadridManCity pic.twitter.com/yZx0giWzja
— FootballScrutinyVideo (@ScrutinyVideo) February 27, 2020
Gabriel Jesus pula diletakkan sebagai pemain sayap di sebelah kiri, dan Kevin de Bruyne sebagai penyerang tengah.
“Saya berpendapat selepas 4 tahun di sini bersama Pep, sentiasa ada banyak kejutan [dalam skuad].
“Dan walaupun seperti kami pemain pun tidak tahu apa yang perlu dilakukan sebelum bermulanya perlawanan.
In game management pun power. Terus dapat merah si Ramos.😅
Posted by Grandstand Kita on Wednesday, 26 February 2020
“Kebanyakkan perubahan adalah bagus. Dalam perlawanan berkualiti seperti ini, adakalanya anda akan bergelut.
Tetapi malam ini saya berpendapat kami telah bermain dengan baik sekali.
Pep Guardiola's line-up and tactics against Real Madrid invited scrutiny, but the result vindicated his approach.
— Sky Sports Football (@SkyFootball) February 27, 2020
De Bruyne turut menghamburkan pujian kepada rakan sepasukannya yang lain kerana menunjukkan semangat untuk bangkit sebelum menewaskan Real Madrid 2-1 di halaman mereka sendiri.
City pada mulanya dihimpit malang dalam perlawanan ini selepas kehilangan Aymeric Laporte, yang kemudiannya diganti oleh Fernandinho.
Sepakan penalti yang disempurnakan oleh De Bruyne menjadikan City pasukan Inggeris pertama menewaskan Real Madrid d Santiago Bernabeu dalam tempoh 11 tahun.
Pep's tactics were questioned… But in the end, they were perfect 👏
✍️ @jonnysmiffy
— Goal News (@GoalNews) February 26, 2020
Kapten Los Blancos, Sergio Ramos turut dilayangkan kad merah pada babak akhir perlawanan selepas menjatuhkan Jesus – selepas bergelut seanjang perlawanan dengan ancaman serangan oleh City.
“Ia adalah perlawanan pertama yang telah dilalui dengan bagus. 15 minit pertama kami agak bergelut, tetapi kami harus menghadapi cabaran itu,” tambah De Bruyne.
“Saya melihat respon daripada keseluruhan pasukan amat membanggakan. Ia adalah gol yang cantik daripada Gabi, dan kemudian gol kedua, dari sepakan penalti adalah jaringan yang amat penting bagi kami.”