Kapten Harimau Malaya , Farizal Marlias ternyata menjadi topik utama oleh penyokong bolasepak tempatan apabila skuad kebangsaan tewas tipis dengan Bahrain 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi dalam keadaan padang yang becak akibat hujan lebat beberapa jam sebelum perlawanan.
⏰ FT | 🇧🇭 Bahrain 2️⃣ – 1️⃣ Malaysia 🇲🇾
Heartbreak for Malaysia as Bahrain bounce back from a goal down to seal their second successive victory in Group E!#ACQ2023 | #BHRvMAS pic.twitter.com/aBEo0ZEMZt
— #AFCU23 (@afcasiancup) June 11, 2022
Hanya perlu bertahan 10 minit lagi untuk mengakhiri perlawanan itu dengan memperolehi satu mata seperti yang dirancangkan namun sedemikian , penjaga gol veteran itu membuat sedikit kesilapan yang menghancurkan harapan penyokong negara.
GOL!!! MALAYSIA 1 – 2 BAHRAIN
81' Abdulla Yusuf Helal (P)Qualifiers AFC Asian Cup 2023 pic.twitter.com/Og7mbuSOCj
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 11, 2022
Skuad Helio Sousa melancarkan serangan dari sayap kiri dengan pemain berjersi 23 melakukan hantaran lintang tinggi di depan gawang Malaysia.
Farizal Marlias cuba menangkap bola itu namun dia terlepas dan cuba mendapatkan semula sehingga datang Ali Jaafar Madan ke arah bola itu di dalam kotak penalti.
Penjaga gol itu cuba mencabar pemain berjersi nombor 7 sehingga membuat tackle lewat lalu menjatuhkan Ali Madan walaupun situasi berkenaan tidak membahayakan gol Malaysia dan lantas pengadil memberikan penalti kepada Bahrain.
The worst part about this is that Farizal has been spotless until that error.
Not seen the replay but the moment he jumped, it already looked like he wasn’t gonna catch it cleanly. And what followed after that looked like a clear cut penalty. :/
— Keesh (@keeshmatstats) June 11, 2022
Beberapa pemain Malaysia termasuk Farizal Marlias cuba memprotes keputusan pengadil berkenaan namun ia adalah muktamad dan Abdulla Yusof Hella menyempurnakan penalti itu untuk kemenangan kedua Bahrain pada minit 80.
Sebelum itu , Harimau Malaya terlebih dahulu menggegarkan gawang gol Bahrain melalui kuisan Mohamadou Sumareh pada minit ke 55 hasil hantaran daripada Khuzaimi menewaskan Sayed Mohammed Jaffer untuk mendahului 1-0.
Tetapi gol itu tidak dapat bertahan lama apabila Ali Abdulla Haram menjaringkan gol penyamaan akibat kelekaan benteng pertahanan Harimau Malaya minit ke 57.
Kesilapan mudah Farizal Marlias ini seperti ulangan dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan yang sama juga yang tewas 2-0 di bawah pengendalian jurulatih Tan Cheng Hoe.
Farizal Marlias, you're bringing back bad memories man. You made a rookie mistake before, and made another one like this, even when you're in front of 70K+ player no.12 who believed and keep supporting you. Bro can't help but do critical mistakes. https://t.co/wOLMYvhoVX
— mrrza🗿 (@IzzatMrZa) June 11, 2022
Same GK
Same opponent
Same mistake😑😑😞😞
FT: Malaysia 1-2 Bahrain#bolasepakterengganu#harimaumalaya pic.twitter.com/C4h4IjwiEe
— Bola Sepak Terengganu (@BolaSepakTRG) June 11, 2022
Bagaimanapun menurut jurulatih Malaysia Kim Pan Gon berkata, “Terdapat beberapa kesilapan yang tidak dapat perbetulkan, tetapi ini adalah perkara yang kami pelajari. Kami mahu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.
“Bola sepak adalah tentang berapa banyak yang kami pelajari dan kami teruskan.
“Kami harus menjaga kepala kami dan bersedia untuk perlawanan seterusnya.”
Skuad Kim Pan-gon termasuk Farizal Marlias harus melupakan kekalahan ini dan fokus untuk perlawanan yang seterusnya menentang Bangladesh dengan sekurang-kurangnya menang 3-0 untuk mendapat di kalangan lima naib juara terbaik dalam usaha meloloskan diri secara merit Piala Asia 2023.