Penyokong-penyokong kelab Johor Darul Ta’zim menunggu kenyataan daripada DYAM Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berikutan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tidak membenarkan kelab itu terbang ke Doha sekaligus menyaksikan JDT menarik diri daripada saingan AFC Champions League (ACL) 2020.
Sedemikian , TMJ telah pun mengeluarkan titah baginda melalui laman sosial rasmi facebook Johor Southern Tigers berikutan dengan situasi yang dialami oleh kelab ini.
Baginda memahami keputusan kerajaan membatalkan kejohanan Piala Malaysia dan tidak membenarkan kelab Johor Darul Ta’zim bertanding di Liga Juara-Juara AFC demi kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berdasarkan situasi ini akan menjejaskan kelangsungan hidup jika ia berterusan.
HEALTH, SAFETY AND FUTURE FIRSThttps://t.co/2YDGzHZv94 pic.twitter.com/3WRAZv7MGa
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 14, 2020
Mengambil contoh pemain kebangsaan Mesir dan bintang pujaan Liverpool , Mohamad Salah yang telah disahkan positif Covid-19 walaupun tidak menunjukkan simptom dan ia boleh berlaku dimana-mana sahaja dan kita tidak boleh mengambil sebarang risiko.
Semoga penyokong-penyokong kelab Johor Darul Ta’zim berlapang dada dan memahami sepertimana DYAM Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim , Tunku Mahkota Johor bahawa pengurusan kelab akur dengan keputusan kerajaan dan memahami kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia adalah penting demi masa depan negara.