Kelab amatur yang berpengkalan di Kerteh, Terengganu, Kerteh FC mengumumkan ketibaan Oscar Riera yang akan memainkan peranan sebagai Pengarah Teknikal kelab tersebut.
Berdasarkan port folio terdahulu, Reira nyata bukan calang-calang orangnya. Menurut kenyataan daripada Kerteh FCm Reira adalah bekas Pengurus Sukan Antarabangsa kelab La Liga, RCD Espanyol.
Selepas Projek Sukan Antarabangsa bersama Espanyol, Riera kini bekerjasama rapat dengan kelab-kelab dari Segunda Division (La Liga 2) dan Tercera Division untuk menyediakan batu loncatan yang lebih praktikal untuk bakat-bakat muda asing untuk mempamerkan kemampuan bola sepak mereka ke pasaran Eropah.
Bersama-sama Kerteh FC, Riera akan bekerjasama rapat bersama Pengarah Teknikal Che Ku Marzuki membuat program pembangunan belia yang akan menyediakan peluang bagi bakat muda dari Kerteh untuk memulakan karier bola sepak profesional mereka di Eropah.
Kerteh has signed former RCD Espanyol Sports International Manager Oscar Riera as its new Technical Advisor.Riera will…
Posted by Kerteh FC on Saturday, May 9, 2020
“Oscar Riera mempunyai profil terbaik untuk mengambil peranan sebagai Penasihat Teknikal. Pengalaman bertahun-tahun dan sentimen pragmatik menjadikannya calon yang sempurna untuk kelab seperti Kerteh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier dalam satu kenyataan semalam.
“Pelantikannya juga menandakan langkah penting bagi Kerteh FC bagi menjayakan projek pembangunan jangka panjang yang bertujuan memperkukuh bakat tempatan untuk mencapai matlamat kelab yang bercita-cita tinggi. ”
Kerteh FC sememangnya sebuah kelab amatur yang sentiasa mencuri tumpuan dengan pengurusan mereka yang tersusun dan perancangan rapi mereka membina kelab tersebut dari asas.
Sudah tentu kita harapkan pelantikan Riera akan membantu Kerteh FC menghasilkan lebih ramai pemain berkualiti untuk kelab dan negara pada masa hadapan.