Kerajaan UK Pertahan ‘Kluster Anfield’ Sebagai Punca Kematian Tinggi Di Liverpool

Kerajaan UK mempertahankan teori ‘kluster Anfield’ yang didakwa ramai termasuk pakar perubatan sebagai punca kematian tinggi akibat wabak global di Liverpool.

Keputusan membenarkan penyokong Liverpool dan Atletico Madrid terus menjadi topik perdebatan kontroversi, namun Kerajaan UK tetap mempertahankan pendirian mereka membenarkan perlawanan tersebut diteruskan sebelum ini.

Perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir itu menyaksikan kehadiran 3,000 penyokong Atletico. Keadaan di Sepanyol pada ketika itu sudah pun meruncing.

Malah sebelum itu Kerajaan Sepanyol telah menutup sekolah dan perlawanan La Liga turut diadakan dalam stadium tertutup akibat penularan wabak global.

Pengurus pasukan, Jurgen Klopp pernah menyifatkan meneruskan perlawanan tersebut ibarat satu perlakukan jenayah, selepas menyaksikan anak buahnya disingkirkan Atletico Madrid dengan agregat 4-2.

Jumlah kes mereka yang dijangkiti wabak tersebut telah meningkat sejak perlawanan itu berlangsung, sekaligus mengundang kritikan mengapa penyokong dari Sepanyol dibenarkan memasuki stadium.

“Ia adalah satu hipotesis yang menarik, kata Angela McLean, Ketua Penasihat Saintifik di Kementerian Pertahanan Britain apabila diajukan soalan menenai kemungkinan Anfield menjadi kluster utama di Liverpool.

Namun Kaunselor Exchequer, Rishi Sunak bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

“Ia adalah keputusan yang betul pada ketika itu berdasarkan data dari kajian saintifik yang doberikan,” ujar Sunak dalam satu sidang media.

“Pada setiap peringkat krisis, kita memiliki keputusan yang tepat untuk diambil pada masa yang bersesuaian.

“Kami telah mengikuti garis panduan oleh sains untuk melakukan keputusan yang tepat,” tambah beliau lagi.

 

Kongsi artikel ini