Keputusan Undian Suku Akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL)

Lapan pasukan , tiga wakil dari London , dua dari German dan satu daripada Spain dan Portugal yang telah melayakkan diri ke pertemuan suku akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah akhirnya telah menemui lawan masing-masing.

Bayern Munich , kelab yang telah dimahkotakan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/2020 akan berentap dengan pasukan Paris Saint Germany (PSG) lawan yang telah mereka tewaskan dalam perlawanan akhir di Estรกdio da Luz stadium 1-0 jaringan oleh Kingsley Coman.

Nasib pertemuan di antara dua kelab gergasi ini tidak dijangkakan begitu awal namun pasti persiapan yang sebaik mungkin akan dilakukan oleh bos PSG , Mauricio Pochettino dan Hansi Dieter-Flick pengendali Bayern Munich.

Real Madrid akan bertemu dengan Liverpool dan ia juga merupakan pertemuan semula yang pernah mereka lalui pada tahun 2018 ketika menewaskan Liverpool 3-1 di mana penjaga gol utama Loris Karius melakukan aksi yang sangat memalukan pasukannya.

Apa yang pasti Juara Liga Inggeris musim lepas , mahu memastikan kesilapan penjaga golnya tidak akan berulang lagi dan akan cuba menewaskan skuad di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Menurut pengendali Real Madrid berusia 48 tahun itu selepas majlis pengundian dilakukan , โ€ Ia satu pertemuan yang agak sukar. Semua pasukan yang bertanding sangat bagus dan ia sangat menarik.

โ€ Pemain akan mewakili negara dalam perlawanan antarabangsa. Jadi ada pemain yang tidak menyertainya boleh berehat bagi memulihkan fizikal badan dan kecederaan mereka. Liverpool pula sebuah kelab yang hebat.

โ€œSaya tidak pasti sama ada keputusan undian ini bagus atau tidak untuk kelab. tapi kami akan tetap teruskan untuk memenangi perlawanan itu walaupun ia sukar sebenarnya.โ€

Penyerang Norway yang panas dan dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab gergasi Eropah termasuk City , akan bermain di stadium Etihad buat pertama kalinya apabila kelabnya akan bertemu dengan calon juara Liga Inggeris 2020/21 Manchester City.

Skuad Pep Guardiola perlu berwaspada dengan bintang muda Norway Erling Harland yang telah menjaringkan 10 gol dalam saingan UCL dan back four City perlu bersiap sedia untuk mengekang penyerang itu daripada menjaringkan gol.

Ilkay Gundogan yang pernah menjadi pemain Dortmund akan bertemu dengan bekas kelabnya itu pasti juga berasa teruja untuk memenangkan pasukannya nanti.

Chelsea pula akan bertemu dengan Porto kelab yang menundukkan pasukan Cristiano Ronaldo , Juventus dalam saingan kalah mati 16 pasukan pada minggu lalu.

Skuad Thomas Tuchel seperti tidak menghadapi masalah yang sukar untuk menang ke atas Porto tetapi mereka mesti waspada dengan kekuatan Porto yang ditunjangi oleh pemain seperti Jesus Manuel Corona , bekas pemain pertahanan Real Madrid , Pepe dan beberapa pemain lagi walaupun nama mereka tidak begitu di kenali peminat seluruh dunia

Tarikh perlawanan saingan suku akhir pertama pada 6 dan 7 April dan timbal balik 13 dan 14 April. Bagi separuh akhir pertama , ia ditetapkan pada 27 dan 28 April dan perlawanan timbal balik pada 4 dan 5 Mei 2021.

Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 29 Mei 2021 di Turki.

ย 

ย 

Kongsi artikel ini