Manchester United akan berhadapan Chelsea, manakala Arsenal akan bersemuka dengan juara bertahan Manchester City di separuh akhir Piala FA Inggeris.
Undian kali ini menampilkan tiga kelab paling berjaya di dalam pertandingan ini dengan Arsenal tampil sebagai kelab terbaik dalam pertandingan ini dengan 13 kejuaraan.
Most FA Cup semi-final appearances in the history of the competition:
🔴 Arsenal (30)
🔴 Man Utd (30)Both current managers lifted the trophy twice for their respective clubs as a player. 🏆🏆 pic.twitter.com/nMjtorrflx
— Squawka Football (@Squawka) June 28, 2020
Manchester United yang menewaskan Norwich di suku akhr pula pernah bergelar juara sebanyak 12 kali, tatkala Chelsea yang melepasi halangan Leicester City di suku akhir merekodkan lapan kejuaraan.
RASMI: Keputusan undian separuh akhir Emirates FA Cup 2019-20.
Man City vs Arsenal
Man United vs ChelseaPerlawanan akan berlangsung pada minggu 17-18 Julai depan.#EmiratesFACup pic.twitter.com/YgDQ3FHFaJ
— Grandstand KITA (@GrandstandKITA) June 28, 2020
Manchester City yang memenangi trofi ini sebanyak enam kali dalam sejarah pertandingan menewaskan Newcastle 2-0 untuk mara ke peringkat ini.
Kedua-dua perlawanan separuh akhir akan dimainkan di Wembley pada 18 dan 19 Julai.
All three managers of this season's current FA Cup semi-finalists won the trophy multiple times with their club as a player:
🏆🏆 Ole Gunnar Solskjær
🏆🏆 Mikel Arteta
🏆🏆🏆🏆 Frank LampardBox-office line-up. pic.twitter.com/XvUpNsLqxF
— Squawka Football (@Squawka) June 28, 2020
Perlawanan akhir pula akan diadakan pada 1 Ogos di venue yang sama.
Manakala gol masa kecederaan Dani Ceballos memastikan langkah Arsenal tetap berterusan dalam pertandingan ini.
Piala FA Inggeris kini berusia 149 tahun dan merupakan pertandingan bola sepak tertua di dunia.