Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023: Vietnam Menang Dengan Penalti Kontroversi

Skuad Tan Cheng Hoe telah dikecewakan dengan gol penalti kontroversi yang menjadikan Vietnam dapat memungut tiga mata penuh di stadium Al Moktoum , Dubai sebentar tadi.

Tan Cheng Hoe yang masih terkejut dengan pemergian mendiang bapanya lapan jam sebelum sepak mula telah membuat sedikit rombakan dengan kemasukan Brendan Gan serta Shafiq Ahmad untuk memantapkan bahagian tengah tetapi masih mengekalkan Guilherme De Paula sebagai penyerang tunggal.

Malaysia yang turun dalam perlawanan ini dengan misi mesti menang memulakan perlawanan dengan penuh berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan corak serangan pantas Vietnam.

Tetapi Harimau Malaya terdiam seketika apabila Nguyen Tien Linh dapat merobek gawang gol Farizal Marlias pada minit ke 27 dengan tandukan yang tidak dapat diselamatkan.

Malaysia mempunyai beberapa peluang namun ia gagal dimanfaatkan oleh pemain bahagian depan untuk mencari satu gol penyamaan termasuklah percubaan dari Shafiq Ahmad yang dapat diselamatkan oleh penjaga gol Vietnam tersebut.

Sebelum tamat perlawanan separuh masa pertama, sepakan percuma oleh Sapawi Rasid dari luar kotak penalti juga dapat ditepis keluar oleh penjaga gol veteran itu juga.

Di separuh masa kedua , ketua jurulatih Harimau Malaya menggantikan Shafiq Ahmad dan Sapawi Rasid dengan Nazmi Faiz serta Akhyar Rasyid dalam menambah sengat kepada jentera serangan.

Nazmi Faiz dapat menghantar umpanan kepada De Paula depan gawang gol pasukan lawan tetapi penyerang naturalisasi ini gagal menewaskan penjaga gol lawan.

Sehinggalah pada minit ke 72 , penyerang berusia 35 tahun berjaya menyempurnakan penalti yag diberikan oleh setelah beliau sendiri dikasari oleh pemain pertahanan Vietnam.

Namun impian Malaysia dimusnahkan oleh dakwaan Nguyen Van Toan telah dijatuhkan oleh Brendan Gan dari belakang di kotak penalti gawang Malaysia.

Pengadil dari Jepun , Ryuji Sato terus menghadiahkan penalti kepada Vietnam pada minit ke 80.

Dengan tekanan yang dihadapi oleh Malaysia , Tan Cheng Hoe memasukkan β€˜fresh leg’ Ariff Aiman dan Luqman Hakim dalam usaha merapatkan jurang gol.

Bagaimanapun , ia tidak dapat memberikan apa-apa kelebihan kepada pasukan kebangsaan yang terpaksa akur dengan kekalahan yang sukar diterima.

Malaysia terus berada ditangga ke empat dalam kumpulan G kekal dengan sembilan mata di bawah Thailand.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut mengutip tiga mata penuh selepas membelasah pasukan Indonesia 5-0 dan berada di tangga kedua.

 

 

 

 

 

 

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email