Keputusan ACL 2022: Johor Darul Ta’zim Puas Tewaskan Guangzho FC di Laman Sendiri Dengan Kenduri Gol

JDT memulakan kempen AFC Championship League (ACL) buat kali ke-4 dengan kemenangan manis menewaskan Guangzhou FC 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sebentar tadi.

Juara 8 kali MSL ini mengambil tuah kerana bermain di laman sendiri dan dengan kehadiran penyokong mereka yang hadir menyaksikan perlawanan sulung kumpulan I ACL ini selepas endemik Covid-19.

Benjamin Mora mencaturkan kesebelasan utamanya walaupun tanpa kapten Farizal Marlias yang terlepas aksi ACL ini selepas kejadian yang menimpa ke atas dirinya tidak sedikit menggugat fokus Harimau Selatan.

Gandingan Forestieri dan Bergson ternyata menjadi ancaman kepada pasukan Guangzho FC yang kebanyakan bermain pemain muda bawah 21 tahun.

JDT memerlukan 10 minit sahaja selepas perlawanan dimulakan untuk mencari gol pertama selepas hantaran lintang dari sebelah kiri menemui Bergson yang menanduk masuk menewaskan He Lipan.

Dominasi anak buah Benjamin Mora diteruskan dan pada minit ke-12 percubaan Forestieri menghasilkan gol yang ke-2 untuk JDT selepas penjaga gol Guangzho FC gagal menangkap kemas bola yang dapat ditepisnya sebelum itu bergolek masuk ke gawang sendiri.

Bagaikan tiada ihsan kepada pasukan lawan , Bergson terus mengganas apabila menghasil satu gol peribadinya minit ke-25 dan menjadikan skuad Harimau Selatan berada dalam keadaan selesa 3-0

Pemain Guangzhou membuat percubaan dengan sepakan jarak jauh selepas terlihat Haziq Nadzli jauh dari posisinya namun penjaga gol itu tenang menyelamatkan keadaan.

Lorongan Aiman di sebelah kanan kepada Bergson yang terus membuat percubaan ke pintu go Guangzho FC tetapi tinggi namun pemain kelahiran Brazil ini tampak mahukan jaringan hatrik pertamanya dalam kejohanan ini.

Bersambung babak ke-2 , jurulatih Guangzhou FC melakukan pertukaran pemain. Pertukaran hantaran-hantaran pendek daripada pemain JDT dalam gerakan menyerang menyaksikan pemain lawan seperti kepenatan mengejar bola dan Ini memaksa mereka hanya berada dalam kawasan sendiri sahaja.

Bergson mendapat peluang untuk menjaringkan gol namun percubaanya sia-sia selepas 3 minit perlawanan dimulakan untuk separuh masa ke-2.

Image

Namun akhirnya hatrik yang dicari oleh Bergson tercapai selepas hantaran lintang yang cantik dari sebelah kiri di tanduk olehnya menewaskan penjaga gol. Ini menjadikan Bergson Da Silva mencatatkan rekod sejarah pemain pertama JDT yang mencatatkan hatrik di Liga Juara Asia.

Bagaimanapun pemain JDT tidak puas dengan jumlah gol 4 itu dengan Forestieri mencuba melalui sepakan lencongnya tetapi tidak menemui sasaran.

JDT mendapatkan sepakan percuma di depan kotak penalti namun percubaan menarik Forestieri dapat ditepis oleh He Lipan. Pada minit ke 60 , Benjamin Mora membuat pertukaran dengan memasukkan Sapawi Rasid menggantikan Afiq Fazail.

Tekanan yang dihadapi ketika JDT melakukan serangan bertali arus , pemain Guangzhou FC dilayankan kad merah selepas melakukan kekasaran yang berat kepada Bergson. Kemasukan Nazmi Faiz dan Ramadhan Saifullah ternyata membawa impak berbeza selepas kedua-dua pemain ini terlibat dalam gol yang ke-5.

Nazmi Faiz mempunyai naluri seorang midfielder berkualiti setelah melihat Ramadhan melakukan larian masuk ke kawasan penalti dengan menghantar bola tepat kepadanya lalu membuat taping mengelirukan penjaga gol lawan yang meluru bagi menghalang percubaan itu tetapi gagal dan Ramadhan pula dapat menjaringkan gol pertama untuk dirinya dalam kempen ACL 2022.

Image

Beberapa percubaan JDT pada minit-minit terakhir tidak dapat diterjemahkan namun , pasukan Harimau Selatan membawa balik tiga mata penuh dengan selesa sekali.

Kongsi artikel ini