Media di UK sebelum ini pernah melaporkan Jurgen Klopp memberikan harapan kepada Phillipe Coutinho untuk kembali semula ke Anfield – menurut laporan media Sepanyol, AS.
Semalam, legenda kelab Merseyside itu, Phil Thompson turut menyarankan kelab untuk mendapatkan pemain itu pada jendela perpindahan akan datang, dan menggelar pemain tersebut sebagai genius.
Kronologi perpindahan Coutinho
Coutinho adalah salah seorang pemain bintang Liverpool di era Brendan Rodgers, dan sempat bersama Klopp seketika sebelum menyertai Barcelona pada Januari 1018.
Sejak perpindahan Coutinho, Liverpool telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Enam bulan kemudian The Reds mara ke perlawanan akhir Champions League, sebelum memenanginya setahun kemudian.
Musim lalu Liverpool menduduki tangga kedua Premier League, dan musim ini hanya masa akan menentukan bila kelab Merseyside itu akan ditabalkan sebagai sang juara.
Philippe Coutinho has privately admitted to friends that he should never have left Liverpool.
His stay at Anfield has been described as “the happiest of his career” and a return to the Premier League is his main objective. [The Mirror] pic.twitter.com/Uz4wMRVhTM
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) March 21, 2020
Coutinho pula melalui perjalanan yang kontras dengan apa yang dilalui oleh bekas kelabnya itu. Beliau gagal memempatkan diri di Nou Camp, dan kemudiannya menyertai Bayern Munich secara pinjaman.
Juara Bundesliga itu sudah menyatakan tidak berminat untuk mendapatkan pemain Brazil itu secara kekal, yang juga bermakna Coutinho perlu mencari kalab baharu untuk menghidupkan kembali karier beliau.
Salah satu sebab mengapa Liverpool dan Klopp mungkin akan berminat untuk mendapatkan kembali pemain ini ialah kerana gandingan Coutinho-Firmino yang amat menjadi sebelum ini.
Firmino & Coutinho, duo dari Brazil
Rentak Brazil dipersembahkan oleh Roberto Firmino dan juga Philippe Coutinho menyimpulkan Liverpool bukan sebarangan lawan jika kedua-dua pemain ini berada pada tahap aksi terbaik.
Berikut adalah perlawanan diantara Brighton vs Liverpool pada 2 Disember 2017. Perlawanan ini menampilkan bagaimana gandingan kedua-dua pemain menghasilkan ‘percikan’ kreativiti dalam permainan Liverpool.
Selepas tandukan Emre Can memberi gol pendahuluan selepas 30 minit perlawanan berlangsung, Firmino menyudahkan dua serangan balas pantas pada setiap babak permainan.
Brighton cuba bangkit selepas pengadil perlawanan Graham Scott menganugerahkan sepakan penalti untuk membenarkan Glenn Murray merapatkan kedudukan kepada 1-3.
Namun demikian Coutinho menyimpulkan persembahan menakjubkan Liverpool dalam perlawanan ini dengan satu jaringan bijak daripada sepakan percuma dari luar kotak penalti untuk memberikan kelebihan tiga gol kembali kepada Liverpool.
#OnThisDay seven years ago, Philippe Coutinho made his debut for Liverpool 🇧🇷
Let’s re-watch all the absolute belters he scored for the Reds, and also be thankful for the massive transfer fee Barcelona stumped up that paid for Alisson and Van Dijk 🙌
— Liverpool.com (@Liverpoolcom_) February 11, 2020
Kejayaan Liverpool turut dilengkapkan sendiri oleh Coutinho dengan bantuan pemain pertahanan lawan, Lewis Dunk.
Liverpool telah membuktikan mereka boleh beraksi dan menang tanpa kehadiran Coutinho pada musim-musim sebelum ini. Tetapi bayangkan juga jika Liverpool kembali diperkuatkan dengan Coutinho pada musim akan datang.
Justifikasi Liverpool untuk Coutinho
Walaupun Liverpool tidak terkesan secara langsung sejak ketiadaan Coutinho, adakalanya skuad Klopp dilihat seperti ketandusan kreativiti dari bahagian tengah.
Kita semua tahu Firmino adalah seorang False 9. Dan kita semua tahu pentingnya peranan Firmino di dalam sistem Liverpool.
Namun adakalanya bebanan kreativiti di bahagian tengah psukan terlalu dibebankan kepada pemain ini.
🎙️ 𝗧𝗛𝗘 𝗥𝗘𝗗 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗗𝗔 @stevehothersall, @Simon_Hughes__ & @JamesPearceLFC discuss a potential return to #LFC for Philippe Coutinho – seven years to the day since he made his Liverpool debut.
Is it likely or has he burned his bridges? pic.twitter.com/PqkMiYMEeN
— The Athletic UK (@TheAthleticUK) February 11, 2020
Mujurlah sejak dua musim lalu, Liverpool sangat produktif menghasilkan gol terus dari bahagian sayap – khususnya ancaman yang diberikan oleh Andrew Robertson dan Trent Alexander-Arnold.
Bayangkan jika Liverpool memiliki ancaman dari bahagian sayap, dedikasi dan kerja keras Jordan Henderson dan Fabinho di bahagian tengah, kebijaksanaan Firmino, ketajaman Mohamed Salah dan Sadio Mane, dan juga kreativiti Coutinho.
The Reds hanya akan menjadi lebih sempurna dengan kehadiran Coutinho.
Coutinho kembali menyertai Liverpool? Mengapa tidak?