Kenyataan PFAM Berhubung Pembatalan Baki Saingan Piala Malaysia

MFL menerusi satu kenyataan rasmi telah mengumumkan pembatalan baki saingan Piala Malaysia kerana pihak kerajaan tidak membenarkan kejohanan TM Piala Malaysia 2020 berlangsung sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB ini melibatkan seluruh negeri di kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan yang dilanjutkan sehingga 6 Disember ini.

Ianya bertepatan dengan permasalahan yang bakal menemui semua pasukan berkaitan kontrak pemain kerana akan berakhir pada 30 November 2020.

Walaupun saingan telah dibatalkan,PFAM ingin menyeru agar setiap pasukan dapat menunaikan tanggungjawab untuk membuat bayaran gaji kepada para pemain sepertimana yang termaktub di dalam kontrak.

Keputusan yang dibuat ini bukanlah satu keputusan yang popular, tetapi ia merupakan satu keputusan yang perlu dibuat.

PFAM mengharapkan agar saingan bola sepak Malaysia ‘Norma Baharu’ dapat dijalankan pada musim hadapan mengikut perancangan yang direncanakan.

Jadikan pengalaman ini sebagai proses pembelajaran untuk semua pihak bagi menambahbaik ekosistem bolasepak tempatan.

 

Kongsi artikel ini