Kenali Rudolph Ingram, Budak 7 Tahun Yang Mencipta Sensasi Gugat Rekod Dunia Bolt

Nama Rudolph Ingram mungkin masih asing bagi peminat sukan olahraga. Tetapi siapa tahu dalam tempoh 10 sehingga 15 tahun akan dayang, Ingram akan mejadi manusia terpantas di dunia.

Malah tidak keterlaluan kita katakan rekod dunia milik Usain Bolt dalam acara 100 meter kini sudah mulai terancam, Ini berdasarkan larian yang mampu dihasilkan oleh Ingram.

Diberikan nama jolokan ‘Blaze’, kanak-kanak berusia 7 tahun ini sudah pun mengumpul 20 kilauan emas dalam acara Olahraga Amatur Kebangsaan, dan rekod larian beliau turut menggerunkan dengan catatan 13.48.

Rekod dunia yang dicipta Bolt pula adalah 9.58 saat. Mengambil kira usia muda dan jika diberikan latihan yang betul, sukar untuk tidak membayangkan Ingram bakal menjadi sensasi baharu dunia olahraga pada masa depan.

Turut bermain American Football

Acara pecut bukan satu-satunnya dimana Ingram melibatkan diri. Sepertimana kanak-kanak warganegara Amerika Syarikat yang lain, jika tidak meminati bola keranjang anda akan meminati sukan bola lisut atau pun American Football.

Dengan kelajuan dan kepantasan yang dimilikinya, sudah tentu Ingram turut memperagakan kelincahannya di dalam sukan American Football.

Beliau mungkin bertubuh kecil, tetapi keupayaan beliau sudah cukup untuk memberikan masalah kepada pasukan lawan. Malah bintang NBA, LeBron James yang menyaksikan aksi Ingram bersama Tampa Ravens kagum dengan kepantasan yang ditampilkan oleh Ingram.

Satu dalam sejuta

Bagi jurulatih Ingram, Jimmy Watson ketika ditemuramah sebelum ini menyifatkan bakat kanak-kanak itu sebagai satu dalam sejuta dan tidak pernah dilihat oleh beliau sebelum ini.

“Apabila melakukan larian ke belakang, anda boleh menyandarkan segalanya kepada dia untuk memastikan kemenangan,” kata Watson.

“Beliau sangat hebat. Satu saat anda melihat dia berlari ke satu rah. Apabila anda mengerdipkan mata, beliau sudah berada di arah lain. Beliau adalah satu dalam sejuta.”

Bapanya pula menyifatkan Ingram sebagai seorang kanak-kanak yang rendah diri dan berdaya saing.

“Ini anak saya, saya terlalu bangga dengannya, dia membuat saya bangga. Saya tidak suka mengatakannya, tetapi saya rasa dia adalah satu daripada satu juta kanak-kanak.

“Saya tidak suka mengatakannya kerana dia anak saya tetapi saya pasti berasa dia melakukan perkara-perkara hebat,” kata Rudolph Ingram Senior.

Larian luar biasa

Blaze menjadi tumpuan ramai setelah bapanya telah memasukkan satu video di instagramnya yang menunjukkan aksi anak lelakinya itu berlari semasa pertandingan dan berjaya meninggalkan jauh pencabarnya pada tahun lalu.

Bintang 100 meter itu kini telah mempunyai 531,000 pengikut di Instagram (IG).

Menerusi laporan Runners World, dalam temu bual dengan berita ABC, bapa Ingram, Rudolph Ingram Senior berkata, anaknya mula cenderung berlari ketika beruia empat tahun ketika dia mula berlari, apabila mendapat ilham dari sukan Olimpik.

Saksikan rakaman tersebut di sini.

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email