Expand To Show Full Article
Kenali LASK, Lawan Man Utd Di Europa League Yang Menenggelamkan Salzburg - Grandstand Kita

Kenali LASK, Lawan Man Utd Di Europa League Yang Menenggelamkan Salzburg

Manchester United telah diundi menentang LASK di peringkat 16 pasukan terakhir pertandingan Europa League pada musim ini.

Persoalannya, siapakah LASK? Tidak ramai yang mengetahui profail pasukan ini. Kami di Grandstand Kita cuba merungkai sedikit sebanyak mengenai kelab Austria ini.

Dari segi ranking UEFA, Manchester United boleh dianggap mendapat laluan mudah pada pusingan seterusnya ini.

LASK tidak pernah mara sejauh ini dalam mana-mana pertandingan kelab eropah.

Kelab ini berada di kedudukan ke-103 di dalam senarai UEFA, berbanding Manchester United kendalian Ole Gunnar Solskjaer berada 93 kedudukan di atas mereka.

Musim lalu, LASK adalah naib juar Bundesliga Austria di belakang Red Bull Salzburg – kelab yang memiliki Eeling Braut Haaland dan Takumi Minamino.

Kelab tersebut kembali ke divisyen teratas liga Austria dan sejak daripada itu tampil sebagai antara pesaing terkuat domestik – menewaskan Salzburg 3-2 ada Februari baru-baru ini.

Musim ini prestasi LASK turut mencuri tumpuan. Selepas 20 perlawanan, LASK berada di puncak Bundesliga Austria dengan kelebihan 3 mata mengatasi Salzburg.

Antara tunjang kekuatan LASK adalah pengurus berpengalaman, Valerien Ismael yang pernah membimbing Nurnberg dan Wolfsburg.

Ismael berjaya membentuk mentaliti pemenang di kalangan pemainnya dan keupayaan mereka di pusingan kalah mati tidak wajar dipandang remeh oleh Manchester United.

Dalam saingan Kumpulan D Europa League sebelum ini, LASK menamatkan saingan di atas PSV Eindhoven dan kelab yang pernah diwakili Bruno Fernandes, Sporting Lisbon.

 

Kongsi artikel ini