Mungkin ada di kalangan anda yang tertanya-tanya siapakah gerangannya Hannes Halldorsson.
Namun anda pasti boleh mengingati perlawanan di mana pasukan kerdil Iceland mengejutkan Argentina apabila berjaya mengikat gergasi Amerika Selatan itu dengan jaringan 1-1 di aksi Kumpulan D, Piala Dunia 2018?
Bagi kaptan pasukan Lionel Messi, beliau mempunyai sebab tersendiri untuk berasa sedih dalam perlawanan tersebut.
Jika ada yang masih ingat, Messi gagal memberi kelebihan kepada Argentina dalam perlawanan tersebut setelah sepakan penalti beliau diselamatkan.
Tetapi siapakah gerangannya penjaga gol Iceland yang bijak menolak keluar sepakan penalti oleh Messi itu?
Hannes Halldorsson
Penjaga gol Iceland pada ketika itu tidak lain dan tidak bukan ialah Hannes Halldorsson. Siapakah Halldorsson?
Hannes Halldorsson berasal dari sebuah tempat dipanggil Breidholt, sebuah kawasan pedalaman di barat daya ibu kota Iceland, Reykjavik. Iceland adalah sebuah negara yang kaya, tetapi keadaannya tidak begitu di Breidholt.
Breidholt adalah penempatan kelas golongan pertengahan dan mempunyai pelbagai masalah ekonomi dan sosial sebagaimana tempat lain di dunia.
Ayah kepada Hannes adalah seorang bekas penjaga gol. Namun beliau melepaskan sukan bola sepak pada usia 19 tahun.
Star Compilation: Hannes Thor Halldorsson #AstroWC2018 pic.twitter.com/vLsE5VywEM
— Stadium Astro (@stadiumastro) June 17, 2018
Tidak mahu kekecewaan yang sama berulang kepada anaknya, ayah merupakan pendorong utama Hannes untuk bangkit dalam sukan bola sepak.
Sejak berusia 6 tahun, Hannes sudahpun menyertai sebuah kelab bola sepak terbesar di Iceland, KR untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
Namun pada usia 14 tahun, Hannes mengalami kecederaanserius di bahu akibat bermain luncur salji.
Beliau tidak pernah sembuh sepenuhnua. Setiap kali kembali ke padang latihan, tulang bahunya akan terkehel keluar sekaligus merencatkan karier beliau di dalam bola sepak.
Hannes Halldórsson's father couldn’t hold back his tears as his son saved Messi’s penalty in Argentina’s match vs Iceland. pic.twitter.com/XxgxqcLjk2
— La Senyera (@LaSenyera) June 19, 2018
“Kecederaan tersebut memusnahkan impian saya untuk bermain bola sepak. Saya terpaksa menunggu sehingga usia 19 tahun untuk menjalani pembedahan.
“Di dalam tempoh 5 tahun itu, rakan sebaya yang lain sudah mewakili Iceland di peringkat usia. Hakikatnya saya tidak mempunyai minit perlawanan langsung di peringkat remaja,” jelas Hannes
Disebabkan kecederaan yang menimpanya, Hannes mulai menceburkan diri ke dalam bidang perfileman.
“Saya sentiasa mempercayai kerja sepenuh masa saya ialah sebagai pembikin filem. Kerana di situlah saya memperolehi majoriti pendapatan untuk menyara hidup,” komen Hannes mengenai kerjayanya itu.
Bidang pembikinan filem
Namun demikian, ia tidak bermakna Hannes langsung meninggalkan bola sepak. Seperti mana setiap daripada kita, bola sepak sentiasa berada di dalam sanubari diri Hannes.
“Saya tetap berusaha keras untuk memberi keseimbangan kepada bola sepak. Ia adalah tugas yang menuntut fokus dalam dunia perfileman. Kemudian saya akan memulakan latihan di atas padang mulai 5 petang setiap hari.”
Ketika tempoh berehat akibat kecederaan dan tidak boleh turun ke padang, Hannes menggunakan tempoh tersebut untuk mengasilkan filem pendek.
There aren't many gloves that have stopped a penalty from Messi – but Hannes Halldórsson's pair in our 2018 #WorldCup showcase certainly have 🧤🇮🇸
Both @HannesHalldors and his @footballiceland team mates stunned the world in their #WorldCup debut with a draw against Argentina. pic.twitter.com/pl5oTyJKnT
— FIFA Museum (@FIFAMuseum) November 26, 2018
Hanya selepas berusia 20 tahun, atas nasihat bapanya, barulah Hannes kembali ke padang latihan untuk bola sepak. Usaha Hannes di dalam industri perfileman di Iceland nyata tidak sia-sia.
Antara karya Hannes yang dikenali ramai ialah filem pendek berjudul ‘Swimming Man’, yang dirakam pada 1996.
Hannes turut terpilih untuk mewakili Iceland untuk menyertai Eurovision Song Contest, di mana Hannes dikehendaki untuk menyediakan sebuah video muzikal.
Eurovision adalah sebuah festival di eropah untuk negara-negara anggota Kesatuan Penyiaran Eropah.
Iceland goalkeeper Hannes Þór Halldórsson isn't just useful at saving Lionel Messi penalties … he's also worked as a film director and here he is shooting a TV commercial#WorldCup #ISL 1-1 #ARG pic.twitter.com/stb3qeYaCM
— CNN International (@cnni) June 16, 2018
Filem berjudul “Never Forget” yang dipertaruhkan Hannes memasuki peringkat akhir dan menduduki tempat ke-20.
Karya yang sama sebelum itu menduduki tempat kedua di Denmark dan Finland, serta tempat ketiga di Cyprus.
Selain daripada filem pendek, Hannes juga aktif dalam penghasilan iklan dan komersil, termasuklah untuk jenama minuman terkenal seperti Coca-Cola di negaranya.
Ia pasti tugas mudah kerana Hannes hanya perlu menggunakan tenaga kerja di kalangan rakan sepasukan di dalam skuad kebangsaan Iceland untuk menjayakan iklan komersil tersebut.
Anda boleh saksikan video tersebut melalui pautan di bawah:
Penutup
Sehingga kini Hannes mempunyai 69 penampilan bersama negaranya Iceland. Selain daripada dua kejohanan utama yang disertai bersama Icelan iaitu Euro 2016 dan Piala Dunia 2018, salah satu kebanggaan Hannes yang akan dikenang sepanjang kariernya sudah tentu saat beliau menyelamatkan sepakan penalti Lionel Messi.
Hari ini sarung tangan Hannes Halldorsson disimpan di dalam muzium bola sepak milik FIFA.