Kenali Anamaria Prodan, Model Playboy Yang Menjadi Ejen Pemain… Kini Mahu Jadi Pemilik Kelab Bola Sepak

Anda mungkin biasa mendengar nama Amanda Staveley yang mengetuai konsortium Arab Saudi dalam pengambilalihan Newcastle United melibatkan nilai £300 juta.

Atau pun Marina Granovskaia, Ahli Lembaga Pengarah Chelsea yang berkuasa menentukan pembelian atau penjualan pemain di Chelsea.

Dua nama tersebut adalah antara dua wanita paling berkuasa di dalam dunia bola sepak pada hari ini.

Namun siapakah pula Anamaria Prodan?

View this post on Instagram

⚽️⚽️⚽️❤️🙏🍀💪 #fchermanstadt

A post shared by Anamaria Prodan Reghecampf (@anamariaprodanreghecampf) on

Model playboy yang menjadi ejen

Anamaria Prodan adalah bekas model playboy yang kini merupakan ejen bola sepak – paling cantik – di dunia.

Menurut gsp.ro, Prodan kini berusia 47 tahun dan mulai menunjukkan minat untuk memiliki kelab FC Hermannstadt.

Prodan dikatakan berminat memiliki kelab tersebut walaupun hakikatnya kelab tersebut mempunyai hutang £630,000.

View this post on Instagram

👌💪🧠

A post shared by Anamaria Prodan Reghecampf (@anamariaprodanreghecampf) on

Latar belakang Prodan

Prodan sememangnya bukan watak yang asing di dalam bola sepak Romania. Beliau adalah isteri kepada pemain tengah, Laurentiu Reghecampf.

Namun Prodan kini mahu memperluaskan pengaruhnya di dalam sukan itu. Ditanya apa yang beliau mahu lakukan selepas tamat penularan wabak, Prodan berkata: “Saya tidak tahu. Saya sedang berfikir untuk memiliki sebuah kelab bola sepak.”

View this post on Instagram

#morning ❤️❤️❤️🍀

A post shared by Anamaria Prodan Reghecampf (@anamariaprodanreghecampf) on

Bagi kebanyakkan kita, nama Prodan mungkin asing. Tetapi di dunia di sebelah sana, bekas model ini memiliki 642,000 pengikut.

Menurut Daily Star, kali terakhir Prodan tampil untuk Playboy adalah 12 tahun lalu. Namun baru-baru ini beliau berkata mahu melakukannya lagi dengan caption khas: “No one can stop me.”

Tiada masalah

Ditanya mengenai tampil di dalam majalah dewasa, Prodan berkata: “Saya tidak nampak apa-apa kesalahan menajdi model di majalah dewasa, malah saya akan membenarkan anak perempuan saya melakukannya jika beliau mahu.”

Prodan sememangnya seorang wanita yang memiliki keyakinan tinggi.

View this post on Instagram

❤️🥳🎉🥰🍀

A post shared by Anamaria Prodan Reghecampf (@anamariaprodanreghecampf) on

Beliau sebelum ini pernah mendakwa semua lelaki tergila-gilakan dia. Ia mungkin benar bagi pemain bola sepak, mengambil kira beliau kini adalah ejen ternama di Romania.

Prodan membantu perpindahan Nicolae Stanciu dari Steaua Bucharest ke Anderlecht pada nilai £9 juta pada 2016 – menjadikan pemain itu sebagai eksport termahal dalam sejarah bola sepak Romania.

 

Kongsi artikel ini