Kejayaan Ajax melayakkan diri ke separuh akhir UEFA Champions League pada musim lalu telah menarik kembali perhatian peminat bola sepak dari seluruh dunia.
Real Madrid dan Juventus adalah dua kelab gergasi eropah yang ditewaskan untuk pertemuan menentang Tottenham Hotspur di separuh akhir.
πππ πππ βββ
π πππππππ β₯οΈ#Ajax120YRSβ AFC Ajax (@AFCAjax) March 18, 2020
Kelab bola sepak yang berpengkalan di Amsterdam ini dikenali dengan falsafah bola sepak βtotal footballβ dan terkenal dengan kemampuan mereka menghasilkan pemain bola sepak berkelas dunia.
Berikut adalah antara lima fakta mengenai sejarah Ajax yang kami ingin kongsikan, sempena ulang tahun ke-120 kelan ini pada hari ini.
Pengurus berbangsa Inggeris
Ajax pernah mendapatkan khidmat pengurus berbangsa Inggeris, Jack Reynolds sebanyak empat kali di antara tahun 1915 sehingga 1947.
Reynolds adalah bekas pemain Manchester City, Burton United, Grimsby Town, Sheffield Wednesday dan juga New Brompton.
Karier Reynolds bagaumanapun lebih dikenali ketika bergelar pengurus pasukan.
Menariknya, Reynolds turut dikenang sebagai salah seorang individu yang bertanggungjawab menjelmakan falsafah bola sepak βtotal footballβ di Ajax.
Ini kerana Rinus Michels, yang memodenkan falsafah bola sepak tersebut pada 1960 an bersama Ajax dan pasukan kebangsaan Belanda adalah pemain di bawah kendalian Reynolds di kelab tersebut.
Dengan kata lain, bola sepak yang diamalkan oleh Michels turut dipengaruhi oleh falsafah bola sepak yang sama diperkenalkan oleh pengurus berbangsa Inggeris itu.
Rekod di Eredivisie
Skuad Ajax pada 1966/67 adalah antara yang terbaik pernah dilahirkan kelab itu. Pada musim tersebut, Ajax menjaringkan 122 gol di Liga Eredivisie.
Ia adalah rekod jaringan terbanyak dalam satu musim oleh kelab Belanda di Liga Eredivisie.
Skuad Ajax pada ketika itu dibarisi pemain legenda Johan Cryuff dan turut menjuarai Piala Belanda, menjadikan mereka sebagai juara berganda pada musim tersebut.
Di eropah pula perlawanan menentang Liverpool adalah antara yang paling diingati.
Walaupun tidak menjuarai pertandingan tersebut, Ajax membelasah Liverpool 5-1 di Amsterdan sebelum seri 2-2 untuk layak ke suku akhir dengan agregat 7-3.
Cryuff menjaringkan satu gol di Amsterdam, dan dua lagi gol di Anfield.
Juara eropah
Pengurus dari Romania, Stefan Kovac menjadi pengurus Ajax pada musim 1971/72 menggantikan Michels yang memilih untuk berhijrah ke Barcelona.
Musim sebelum itu, Michels berjaya membawa kejuaraan eropah pertama untuk Ajax.
Pada musim pertama di bawah kendalian Kovac, Ajax menjuarai saingan liga, Piala Belanda dan Piala Eropah.
AFC Ajax turns 120 years old. And even today we are still known by good football, youth development and creating stars for the future.
4x Champions League
1x Europa League
34x Eredivisie
19x Dutch KNVB CupAnd a lot moreβ¦ ππ pic.twitter.com/gSQQtJ8eq9
β ππ π ππππ π (@TheEuropeanLad) March 18, 2020
Musim berikutnya selepas itu, Ajax menjuarai Piala Intercontinental, kejuaraan liga dan Piala Eropah sekali lagi.
Tiga kejuaraan Piala Eropah selama tiga musim berturut-turut menjadikan Ajax sebaris pasukan hebat Real Madrid yang pernah memiliki pencapaian yang sama sebelum itu.
Logo kelab
Sejak penubuhan, Ajax pernah memiliki empat rekaan logo yang berbeza. Logo pertama yang diguna pakai oleh kelab sekadar memaparkan seorang pemain Ajax menyepak bola.
Ia diubah suai pada 1911 berpandukan jersi baru pasukan. Logo ketiga pula memaparkan hero Greek, iaitu Ajax. Ia diubahsuai secara abstrak pada 1990 menggunakan 11 garisan sebagai mewakili 11 pemain.
Sejarah jersi
Bagi seorang peminat bola sepak, mereka boleh mengenal pasti jersi ikonik putih dan merah pasukan Ajax dengan mudah.
Namun ia bukanlah corak jersi asal mereka yang sebenar. Jersi pertama pada awal 1900 an yang digunakan oleh Ajax adalah serba hitam bersama sedikit warna merah di bahagian pinggang.
Kemudianya ia ditukar dengan jersi berjalur warna putih dan merah dan dipadankan dengan seluar warna perang. Selepas melayakkan diri untuk beraksi di divisyen atasan pada 1911, jersi tersebut didapati sama dengan apa yang dipakai oleh Sparta Rotterdam.
Ini memaksa Ajax untuk menukar sekali lagi rekaan jersi disebabkan peraturan liga. Corak jersi merah dan putih ikonik seperti yang digayakan oleh Cyruff dikekalkan sehingga pada hari ini.
Penutup
Ada banyak lagi fakta menarik mengenai Ajax yang mungkin belum kami kongsikan.
Anda mempunyai fakta menarik lain untuk dikongsikan? Kongsikan di ruangan komen.