Topik pemain warisan semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai jenis penyokong bola sepak Malaysia akhir-akhir ini.
Mari kita lihat 6 calon pemain warisan yang boleh membarisi skuad Harimau Malaya pada masa hadapan.
1. Marcel Kalonda
Umur: 22
Kelab: Zesco United (Zambia)
Kerakyatan semasa: DR Congo
Pemain pertahanan ini dilaporkan mempunyai pertalian darah Malaysia daripada datuknya yang berasal dari Sabah.
Kalonda telah menyatakan minat untuk beraksi bersama Malaysia dan sedang dalam proses melengkapkan segala dokumen beliau kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga telah menarik perhatian Tan Cheng Hoe.
Tentunya satu tambahan yang baik terutamanya di posisi pertahanan.
2. Harry Edge
Umur: 26
Kelab: Torslanda IK (Sweden)
Kerakyatan semasa: New Zealand
Posisi: Pemain tengah defensif
Bapanya, Declan dilahirkan di Melaka, yang juga merupakan pengurus pasukan Harry ketika ini, Torslanda IK.
Edge yang juga pernah beraksi di Belanda sebelum ini bagaimanapun telah memaklumkan kepada FAM untuk terus kekal di Eropah buat masa ini, namun tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Malaysia pada masa akan datang.
3. Samuel Bone
Umur: 22
Kelab: Waterford (Ireland)
Kerakyatan semasa: England
Bek tengah kelahiran Kuching ini merupakan anak kepada bekas pemain import Sarawak, Billy Bone.
Sam Bone ialah bekas graduan akademi Charlton Athletic.
Dengan masalah bek tengah yang kerap disebut berulang kali sebelum ini, Bone mungkin boleh menjadi jalan penyelesaian Malaysia, terutamanya bapanya sendiri pernah beraksi di negara ini.
4. Dion Cools
Umur: 24
Kelab: FC Midtjylland (Denmark)
Kerakyatan semasa: Belgium
Posisi: Bek kanan
Cools mungkin merupakan nama paling dikenali dalam senarai ini terutamanya selepas pernah beraksi dalam UEFA Champions League sebelum ini ketika bersama Club Brugge.
Cools telah beraksi dalam semua peringkat skuad kebangsaan Belgium B18, B19 dan B21 namun belum pernah bersama skuad senior Belgian Red Devils.
Atau mungkin, rezekinya untuk bersama skuad senior sebuah pasukan kebangsaan bersama Malaysia kerana tempat kelahirannya di Sarawak.
5. Kobe Chong
Umur: 18
Kerakyatan semasa: England
Posisi: Pemain tengah
Chong telah beraksi bersama pelbagai kelab biarpun hanya akan berusia 19 tahun pada 28 Jun nanti.
Pemain ini pernah bersama West Bromwich Albion dan Cagliari dan pernah menyatakan minat untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Malaysia satu hari nanti.
6. Jaami Qureshi
Umur: 16
Kelab: Brighton & Hove Albion
Kerakyatan semasa: England
Posisi: Penyerang
Pernah digelar ‘harapan besar England’ ketika bersama skuad England B-15, Qureshi layak beraksi bersama Malaysia kerana ibunya berasal dari Perak.
Mungkin masih terlalu muda, tetapi beliau yang kini sedang bersama dengan sebuah kelab Premier League, tentunya banyak perkara yang ingin dipelajari beliau, dan siapa tahu satu hari nanti mungkin beliau akan beraksi untuk Harimau Malaya.
Penutup
Sebenarnya ia adalah perkara yang membanggakan apabila mengetahui ada pemain berdarah Malaysia mampu bersaing di Eropah.
Namun untuk membawa masuk pemain berdarah warisan untuk memperkuatkan barisan Harimau Malaya, mereka juga perlu membuktikan keupayaan mereka diri sendiri terlebih dahulu.