Kembali Semula Ke Manila Selepa Debut 38 Tahun Lalu, Atlet Ini Menang Emas Sulung Kariernya

Satu kisah inspirasi yang sangat bagus. Dalam perkejaan dan apa yang kita buat dalam seharian, jangan sesekali putus asa.

Jika kita gagal dalam bidang lain, mungkin pintu rezeki kita di tempat lain. Itulah yang berlaku kepada atlet Singapura ini.

Atlet renang Singapura, Christina Tham mewakili negaranya selama 38 tahun sejak beliau berusia 12 tahun lagi.

Ketika debutnya pada usia 12 tahun dahulu di Sukan SEA, pada ketika itu adalah 1981. Mungkin ramai pembaca di sini masih belum lahir lagi.

Agak menarik, ketika itu juga Christina melakukan debut di Manila. Ketika itu Christina memenangi pingat perak dalam acara relay kategori rampaian.

2 tahun kemudian, Christina kembali semula ke Sukan SEA dan menang perak acara kuak dada.

Dan kini beliau sudah berusia 50 tahun. Christina kembali mewakili negaranya dalam Sukan SEA.

Dan Sukan SEA kali ini menjadi sangat manis apabila beliau mendapat pingat sulung dalam kariernya untuk negara.

Christina menang pingat emas untuk negaranya namun dalam acara hoki air.

“Saya tak sangka saya akan mendapat 2 emas dalam hoki air dan beraksi di pentas tertinggi ini sekali lagi.”

Christina meraikan kejayaannya memenangi emas walaupun ada pihak yang menganggap acara itu pelik.

“Saya seperti orang cina yang lain, sentiasa meraikan apa sahaja kejayaan dengan penuh bangga.”

Christina banyak melalui suka duka di dalam kariernya. Pada 2005 beliau kembali semula menjadi atlet proesional sebaik sahaja terbaca satu artikel tentang hoki air.

Mulai daripada hari itu Christina fokus kepada sukan itu. Dan siapa sangka pada 2019, acara hoki air itu wujud dan Christina memenangi emas untuk negaranya.

Sumber: BBC

Kongsi artikel ini