Keluarga Abdelhak Nouri Mahu Saman Ajax Kerana Tamatkan Kontrak

Ajax dilaporkan telah membatalkan baki sambungan kontrak Abdelhak Nouri, hanya beberapa hari selepas pemain itu sedar dari koma.

Pemain berusia 22 tahun itu mengalami kerosakan otak yang teruk selepas mengalami masalah serangan jantung ketika perlawanan pra musim menentang Werder Bremen pada Julai 2017.

Tatkala Nouri berada di dalam koma, Ajax kemudiannya mengambil keputusan untuk menghormati kontrak bersama pemain tersebut pada ketika itu.

Kelab Belanda tersebut tidak pernah ketinggalan membayar gaji pemain tersebut, walaupun Nouri terlantar di hospital selama ini.

Namun menurut De Telegraaf, kontrak Nouri tidak lagi disambung oleh Ajax selepas ia tamat pada 1 Julai akan datang.

Ajax sepatutnya memaklumkan kepada keluarga Nouri sekiranya mahu menamatkan kontrak tersebut tanpa sambungan automatik.

Kontrak Nouri bersama Ajax sebelum ini mempunyai klausa sambungan 12 bulan secara automatik.

Namun Ajax kini mengubah fikiran enggan memberikan hak tersebut kepada Nouri, dan hanya mahu melunaskan pampasan secara lump sum kepada keluarga pemain itu.

Ajax berharap persetujuan boleh dicapai, namun keluarga Nouri dilaporkan meminta jumlah bayaran yang lebih tinggi.

Pada Jun 2018, Pengarah Urusan Ajax, Edwin van Der Sar berkata mengakui kelalaian dari pihak kelab sehingga menyebabkan keadaan Nouri menjad lebih teruk dari sepatitnya.

“Kami sedar akan tanggungjawab kami atas apa yang berlaku. Kami akan memastikan Abdelhak akan mendapat rawatan terbaik untuk tempoh yang lama,” ujar bekas penjaga gol manchester Unuted itu.

Siasatan dalaman oleh pihak kelab mendapati alat bantuan pernafasan sepatutnya digunakan lebih awal ketika rawatan dilakukan di atas padang.

Sekiranya ianya dilakukan pada ketika itu, keadaan Abdelhak mungkin berbeza walaupun tiada jaminan ianya sebegitu.

 

Kongsi artikel ini