Kelibat Daniel Ting Di SSI, Bakal Diumumkan Pemain JDT Hari Ini?

Sejak meninggalkan Kuala Lumpur City FC (KL City) secara misteri, nama Daniel Ting sering dikaitkan dengan perpindahan ke JDT.

Semalam, khabar angin tersebut seakan-akan disahkan apabila Daniel kelihatan berada di kalangan penonton di Stadium Sultan Ibrahim bagi menyaksikan perlawanan membabitkan JDT menentang Selangor.

Ia bukan kebetulan untuk pemain itu yang sebelum ini dipercayai berada di England, secara tiba-tiba berada di selatan tanah air.

Malah keberadaan Daniel Ting di Stadium Sultan Ibrahim dipercayai untuk melengkapkan perpindahan beliau ke JDT di mana jendela perpindahan kedua Liga Malaysia secara rasmi ditutup pada tengah malam tadi.

Sekiranya telahan ini benar, maka Daniel Ting dijangka akan diumumkan sebagai pemain terkini menyertai JDT seawal hari ini.

Misteri terjawab

Pemain kacukan Malaysia-England itu sebelum ini mencipta misteri kepada peminat bola sepak tempatan apabila menghilang dan gagal melaporkan diri kembali kepada KL City FC sebelum saingan musim ini bermula.

Faktor peribadi dikatakan sebagai sebab mengapa pemain itu enggan kembali di Malaysia dan kekal di England pada ketika itu.

Akhirnya sebab utama Daniel Ting enggan kembali ke negara ini dan meneruskan aksi bersama KL City didedahkan kerana keengganannya menerima suntikan vaksin Covid-19.

KL City kemudiannya mengesahkan pemain bek kiri itu terpaksa dilepaskan.

Second stint

Sekiranya direalisasikan, maka ini adalah kepulangan kedua Daniel Ting ke JDT selepas menyertai kelab itu.

Sepanjang dua musim di JDT pada 2016 dan 2017, beliau hanya diturunkan bersama JDT II.

Daniel turut pernah menyertai Negeri Sembilan secara pinjaman sebelum ke PKNS FC.

Ia tidak menghairankan mengapa JDT kembali berminat untuk mendapatkan kembali Daniel Ting selepas cemerlang membantu KL City muncul juara Piala Malaysia pada musim lalu.

Selai  itu, JDT memerlukan seorang pemain di posisi bek kiri untuk memberi saingan dan cover-up kepada Corbin Ong.

 

Kongsi artikel ini