Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 : England Berentap Bersama Poland

Bos England , Gareth Southgate telah menamakan bintang Poland Robert Lewandowski sebagai penyerang yang akan menjadi ancaman kepada The Three Lions selepas pengumuman kumpulan Eropah sempena kelayakan ke Piala Dunia di negara Teluk Minyak , Qatar pada tahun 2022.

Pada majlis pengundian yang telah dijalankan di Zurich malam semalam menyaksikan England telah diletakkan bersama dengan lima negara iaitu Poland , Hungary , Albania , Andorra dan San Marino di mana pasukan yang menjadi juara dalam setiap kumpuan akan layak secara merit di kejohanan itu pada tahun 2022.

Southgate menganggap ancaman terbesar kepada England untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia tujuh kali berturut-turut ialah adalah satu-satunya penyerang Poland yang merupakan calon pilihan untuk memenangi Anugerah Ballon d ร“r pada tahun ini sebelum majlis itu dibatalkan akibat pandemik Covid-19.

Penyerang profilik Bayern Munich ini melakukan menjaringkan luarbiasa iaitu sebanyak 55 gol pada musim lalu dan membantu Bavarians menjulang takhta Juara Liga Kejuaraan Eropah 2020/21 serta menjadi juara Bundesliga lapan tahun berturut.

โ€œBeliau memang sangat bagus sebagai seorang penyerang yang memakai jersi No.9. Apabila melihat dirinya bersama dengan Romelu Lukaku (Belgium) dan Harry Kane (England , dia di tempat teratas antara penyerang terbaik di Eropah. Rekod antarabangsanya bersama dengan Poland juga sangat menakjubkan dan ia memberikan cabaran kuat kepada skuad England apabila bertemu di dalam kumpulan I.โ€

Lewandowski boleh membuat kami kecewa jikalau kami kalah dalam kelayakan Piala Dunia selain yang Hungary yang juga boleh memberikan tentangan sengit kepada kami. Saya melihat kedua-dua pasukan ini menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam Nations League.

Jurulatih Inggeris itu mempercayai skuad England mampu melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia dengan pemain-pemain yang sedia ada yang sedang menunjukkan prestasi yang luar biasa di English Premier League (EPL) beberapa pemain yang bermain di kelab luar negara seperti di Bundesliga.

Bercakap mengenai Harry Kane , pemain Spurs berkenaan telah menunjukkan kepimpinan dan personaliti yang berwibawa untuk menjadi seorang kapten pasukan England selain sandaran sebagai penyerang utama yang mampu menghasilkan gol bagi membawa kejayaan kepada negaranya. Pemain berusia 27 tahun ini boleh menjadi general dalam padang kepada anak-anak buahnya

Kelayakan Piala Dunia akan bermula pada Mac 2021 dan dijangka akan berakhir pada bulan November dan pusingan kelayakan kalah mati dijadualkan pada Mac 2022.

ย 

Kongsi artikel ini