Kelab francais Major League Soccer (MSL), Inter Miami CF telah menolak tawaran lumayan daripada Ho Chi Minh City FC untuk mendapatkan pemain tengah, Lee Nguyen.
Ho Chi Minh City FC adalah naib juara V.League pada musim lalu.
Kelab Vietnam tersebut dilaporkan oleh media di Vietnam mahu membawa pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu kembali ke Asia Tenggara dengan bidaan bernilai US$ 1 juta.
Lee Nguyen kini berusia 33 tahun, dan pernah beraksi bersama Hoang Anh Gia Lai (HAGL), dan Becamex Binh Duong sekitar tahun 2009 sehingga 2011.
🌴⚽10 days till we debut- #InterMiamiCF preseason continues.Full 📸 Gallery bit.ly/PreseasonStPete10
Posted by Inter Miami CF on Thursday, 20 February 2020
Jurucakap kepada Inter Miami mengesahkan bidaan daripada Ho Chi Minh City FC telah ditolak oleh kelab milik David Beckham itu.
Menurut media Vietnam lagi, Beckham yang juga merupakan bekas kapten England dan pengurus pasukan Inter Miami, Diego Alonso tidak mahu kehilangan pemain tersebut tatkala saingan MLS musim ini akan bermula pada 2 Mac.
64' | Lee Nguyen doubles the lead!!
Christian Ramirez dummies a Latif Blessing through ball that falls right to Lee Nguyen in front of goal. Lee makes it 2-0 in Utah!!#RSLvLAFC 0-2 pic.twitter.com/1JoKht00SA
— LAFC (@LAFC) June 12, 2019
Walau demikian, Ho Chi Minh City FC dilaporkan akan meneruskan minat untuk mendapatkan pemain tersebut, jika Nguyen berminat untuk kembali ke Vietnam satu hari nanti.
Pada awal karier profesional, Nguyen pernah beraksi bersama PSV Eindhoven dan kelab Denmark, Randers FC sebelum berhijrah ke Vietnam.
Inter Miami's Lee Nguyen is taking lessons off David Beckham 👌pic.twitter.com/HplBB05uT5
— Goal (@goal) January 28, 2020
Pamain kelahiran Texas itu sebelum ini beraksi selama enam musim bersama New England Revolution, menjaringkan 51 gol dari 191 penampilan untuk kelab tersebut.
Nguyen kemudiannya berhijrah ke Los Angeles FC selama dua musim sebelum menyertai Inter Miami untuks saingan musim ini.
Nguyen turut memiliki 9 caps untuk Amerika Syarikat, dan pernah beraksi untuk negara Uncle SAM itu di kejohanan Copa Amerika pada 2007.